Tiba-tiba, pintu biliknya dibuka dari luar. Terpempan afwan melihat seorang lelaki bersama senyuman manis, lelaki yang cukup asing bagi afwan. Namun membuat afwan leka merenungnya? Bibir yang kecil, hidung yang mancung, serta kulit putih merah dan tiada cacat cela sikit pun. Dan agak muda bagi afwan, berkemeja hitam bersama seluar slack hitam dan tampak kemas!

"Dah puas tenung aku? Tahu lah tak sabar kan." lelaki itu tersenyum sinis. Bicaranya membuatkan afwan tersentak. Dia sendiri pun terkejut, macam mana lah dia boleh leka merenung wajah lelaki asing itu. Ada kacukan thailand sikit pada wajah laki itu. Nampak hensem dan kemas!

"Encik ni siapa?" soal afwan sambil kerutkan kening. Lelaki itu hampiri afwan, tangannya setia mencelup kocek dan anak mata tepat memandang wajah cantik afwan. Tapi yang buat dia hairan, banyak-banyak pelacur kenapa dia sorang sahaja yang berhijab? Haih, ada khas untuk yang berhijab ke? Chen lai buat lawak! Bagus-bagus aku suka.

"Aku customer kau, aku di bagitahu orang yang kau susah untuk 'ditebuk'? Betul ke? Tapi sebab apa ye, bukan ke kau ni murah? And kau masih dara lah ni." tutur bicaranya. Kata-kata lelaki itu membuatkan afwan membuang pujaannya kepada lelaki ini, harap muka je hensem tapi mulut macam loji!

"Jadi encik lah customer saya? Wau! Dah berkahwin dah ke, dah ada anak? Ke dah biasa buat dosa. Saya murah ke, mahal ke, ini hal saya! Yang encik nak memurahkan saya ni dah kenapa? Antara saya masih dara atau tak, itu menjadi kepentingan saya untuk menjaga kehormatan saya sebagai wanita." balas afwan lembut, namun tampak tegas. Memang pantang dia orang memurahkan dia, ingat lah sikit wanita ada harga yang setinggi gunung yang belum tentu boleh capai! Dan sesetengah wanita sahaja harga yang rendah, kerana mengikut hasutan dan bisikan syaitan.

"Patutlah.." dia mengukir senyuman dibuat-buat. Belum pernah dia menjumpa seorang wanita pelacur yang mengingatkan dia pada agama? Chen lai kutip dekat mana ni? Kemudian dia dekati afwan dan perlahan-lahan menyentuh kulit pipi afwan, namun ditepis dari afwan.

"Encik jangan apa-apakan saya!" amaran afwan. Namun dibalas gelakkan ejek dari lelaki itu. Tak sangka dari ada stress, boleh buat dia hilang stress. Wanita ini berjaya membuat dia gelak, belum pernah-pernah lagi wanita menolaknya? Bukan ke wanita dekat dunia ni hanya mahukan duit dan harta adam farhan? Atau wanita ini hanya mahukan tubuhnya? Wau, i like!

"Tak apa, kita enjoy hari ni ye sayang. Kau layan aku, aku layan kau lebih dari tu. Kau cakap kau nak apa, aku bagi segalanya. Lagipun, aku tak rasa lagi dari kampung kan?" Adam tergelak halus. Makin geli hati dia melihat keadaan cuak wanita ini. Macam kes rogol pun ada?

"Encik jangan dekat dengan saya! Kalau encik berani dekat dengan saya, hidup encik tak selamat." afwan memberi amaran. Amaran yang langsung tidak beri effect kepada Adam. Sikit tidak takut dengan amaran dari afwan.

"Hidup aku akan selamat bila dengan kau je sayang." butang baju kemeja-nya, dibuka satu persatu. Senyuman sinis terukir dibibir mungilnya. Kini airmata afwan membasahi pipi gebunya.

"Encik, saya merayu jangan apa-apakan saya." kini tiada lagi amaran keras. Dia tahu, dia seorang wanita yang lemah. Takkan setiap kali lelaki ingin menyentuhnya dia akan bunuh? Sama sahaja dia membuat dosa? Adam tersenyum sendiri, apa hal lah perempuan ni!

"No! Semua orang cakap yang orang susah nak sentuh kau, jadi hari ni aku nak tamatkan riwayat kau sebagai perempuan yang kononnya nak jaga maruah dan kehormatan? Tak payah nak tunjuk alim sangat kalau kau sendiri pun kerja di tempat haram." bicaranya. Berdesing telinga afwan mendengar ungkapan dari lelaki yang cukup lain buatnya.

"Saya bukan pekerja di sini, saya mangsa keadaan je. Saya diculik dan dibawa ke sini." terang afwan bagi membela dirinya, walaupun dia tahu yang lelaki ini memang tidak mempercayakannya. Malah belas kasihan pun tak ada!

Adam mengangkat kening. Kata chen lai, wanita ini dari kampung, dan dijual dari seorang lelaki Melayu. Jadi buat apa dia nak percaya dengan gadis bertudung dihadapan dia ini? Semua perempuan hanya mahu kan duit sahaja! Disebabkan dia stress dengan kerja yang bertimbun di Ofis-nya, dia membuat keputusan nak melanggan seorang gadis di tempat ini.

"Kau ingat aku nak percaya dengan kata-kata kau?" Adam menjeling.

"Saya merayu dekat encik, jangan apa-apakan saya."

"Argh!!" tubuh afwan ditolak langsung. Sehingga tubuhnya terbaring di atas tilam dan membuatkan afwan hilang arah, kemudian Adam cuba menindih tubuh afwan tetapi disebabkan afwan meronta-ronta, susah untuk Adam menahan pergerakannya. Lalu afwan ingin bangkit dari pembaringannya, namun terbantut apabila Adam menampar pipi kanan afwan. Terkesima afwan dengan perbuatan Adam.

"Kau diam! Payah betul kau ni kan?" Adam mencerlung tajam memandang anak mata afwan. Tak sangka kudrat afwan boleh tahan? Terbaring kaku afwan memandang anak mata Adam yang berwarna coklat pudar. Dalam setiap pandangan mereka membuatkan afwan berdebar-debar, begitu juga Adam yang suka menilik setiap wajah bersih afwan.

"Encik, saya mohon jangan rampas 'takhta' saya sebagai perempuan. Saya nak jaga maruah saya sebagai perempuan encik. Saya merayu, tolong jangan apa-apakan saya." airmata membasahi pipi. Manakala Adam terkedu.

Dia rasa lain dengan kata-kata afwan? Betul ke gadis ini tak menipunya? Atau cuba mahu memerangkapnya sahaja?


▂▂❀▂▂❀▂▂❀▂▂❀▂▂

P/s : benjamin watak baru yg cintakan afwan. Sorry kalau jalan cerita macam hanet + bengap + lembab ok

Jodoh Dalam Keperitan Where stories live. Discover now