Tapi Kimi sedikit pon tak terasa hati dengan sikap dingin bos merangkap rakan baiknya. Dia tahu yang Arfan hanya bergurau, tapi.. erk? Gurauannya terlalu serius!

Kimi dan beberapa orang terdekat sahaja tahu punca kawannya jadi dingin serta baran begini.

Kemudian langkahnya turut mengikuti jejak bosnya. Sekarang waktu bekerja okay. Mestilah Kimi panggil Arfan dengan gelaran bos.

Sebelum masuk ke dalam Lamborghini Aventador milik Arfan, Kimi memberikan isyarat tangan kepada anak-anak buah di sekelilingnya untuk pulang ke markas mereka. Sementara yang lain uruskan isu kontena terbabit.

Setelah itu, Kimi memboloskan dirinya ke tempat pemandu sementara Arfan duduk disebelahnya. See, Arfan hormat lagi bestfriend dia ni. Kalau bos-bos lain mesti dah lama duduk di belakang.

Beberapa ketika kemudian, ngauman enjin Lamborghini serta 3 buah Audi pelbagai siri yang lain turut bergerak meninggalkan 2 buah kontena besar yang tersadai di tepi lereng bukit itu.

Anak-anak buah Darren Arfan yang disuruh untuk 'clear' kan masalah kontena tadi mula menjalankan tugas. Cepat clear, cepat balik.

*****

"Kakak..... tolong abah ya nak?"

"InshaAllah boleh abah, tolong apa tu abah?"

"Tolong jagakan ibu dengan adik baik-baik ya? Akak kan dah besar panjang, kalau abah pergi jauh nanti akak tengok-tengokkan ibu dengan Aqif tau?"

"Aik? Abah nak pi outstation lagi ka? Minggu lepas kan baru balik? Sibuk sangat ka abah? Syarikat abah ada problem ka? Cer cita kat akak. Hmm?"

"No, there's no problem with my company, abah just want you to keep your eyes on our family, I'm not young forever. Remember?"

"Okay abah, inshaAllah." Jari kelingkingnya disuakan kehadapan muka abahnya. Pinky promise!

POM!

Bahu Humaira terhenjut akibat terkejut. "Ish, sapa pulak yang nak robohkan pintu rumah aku ni, adoiii."
Humaira bangun dari birai katilnya lalu berjalan menuju ke meja solek. Getah rambut diambil dan rambutnya diikat gaya messy bun.

Habis berterabur lamunannya sebentar tadi. "Orang baru nak feeling teringat pesanan arwah abah." Gambar abah dilihat sekali lagi. Hmm, dah hampir sebulan abahnya pergi menghadap Sang Pencipta. Setelah itu, gambar dimasukkan
kedalam dompet kecil lalu dompet itu disumbat kedalam poket seluar tracknya. Baru sahaja tangannya nak mencapai tudung sarung di hujung birai katil. Tiba-tiba..

"ARGHHHHHHH"

Humaira pantas berlalu kemuka pintu biliknya selepas mendengar jeritan hebat ibunya. Siapa yang datang ni? Perompak ka? Pencuri? Eh?

Langkahnya dilajukan lagi apabila mendengar ibunya menangis di ruang tamu, menangis ka merayu? Macam tengah cakap dengan someone ja?

Tiba-tiba dia ternampak kelibat beberapa orang lelaki di ruang tamu rumahnya.

'Sapa diorang semua ni?' Humaira bermonolog sendiri. Langkahnya berhenti betul-betul dihadapan seorang lelaki.

Dia kini berdiri diantara lelaki berkulit gelap tersebut dengan ibunya yang melutut di belakangnya.

Humaira melawan panahan petir mata lelaki tersebut, namun tak bermaksud yang dia tak takut dengan lelaki itu. Nampak macam orang jahat! Ei seram!

"Encik semua ni sapa?" tanya Humaira ganas.

Air liurnya ditelan kesat saat melihat lelaki disekelilingnya tersenyum jahat. Ada makna lain ni.

Dengan cepatnya Humaira terus pusing kebelakang lalu memeluk ibunya yang menangis dilantai. Dia sendiri pon takut, dahla semua lelaki!

TUAN KING✔️ [ C ]Where stories live. Discover now