PROLOG🥀

83.9K 2.2K 55
                                    

Kelab malam itu meriah dengan muzik yang bingit, manusia berpelukan sambil menari mengikut alunan muzik yang dimainkan DJ.

Di satu sudut, Humaira sedang tercari-cari seseorang. Sekejap kepalanya terteleng ke kiri sekejap ke kanan sekejap pulak kedepan. Apabila  kelibat seseorang itu tiada, dia pantas mengorak langkahnya menuju ke pintu keluar dari kelab itu.

Diredahnya selautan manusia yang padat, bermacam-macam bau menusuk kerongga hidungnya. ' ish, busuk betoilah depa (diorang) ni, bau arak!' desis hatinya. Dalam hati ajelah, cakap kuat-kuat karang kena belasah pulak! Taktakut tuhan ka diorang ni? Terkinja sana sini. Hm mengutuk orang pon berdosa Maira.

Sampai di depan sekumpulan manusia yang 'agak' dikenalinya, tangan Humaira pantas membetulkan hoodie dan cap yang terletak dikepalanya sehingga menutup sebahagian muka dan rambutnya. Sambil berjalan, rambutnya yang terkeluar dari celah hoodie dijolok masuk ke dalam hoodie. Bagi taknampak auratnya.

Sekumpulan manusia tadi yang leka meraba pelacur-pelacur maybe? langsung tidak perasan akan kedatangan Humaira, malah mereka sibuk menambah dosa sambil meneguk air setan.

Kemudian, Maira menyambung perjalanan mencari pintu keluar dari 'neraka' itu. "Haish, mana pintu ni, tadi depa 'angkut' aku masuk ikut mana?" Humaira berbisik sendiri.

Sekali lagi kepalanya terjenguk kesana sini mencari pintu keluar pulak.

Tiba-tiba langkahnya terhenti. Humaira berdiri agak jauh dari muka pintu, takut dilihat. Dia memandang dua orang lelaki berbadan tegap,
bodyguard? Penjaga kelab? Hm? Mereka berpakaian serba hitam dengan kaca mata hitam berdiri bersebelahan pintu keluar itu.Di telinga mereka ada wayar putih yang dimasukkan kebelakang kolar jaket kulit hitam mereka. Hmm, alat komunikasi kot?

'Kalau aku redah, depa cam muka aku ka? Payah betoila macam ni. Satgi kena 'tangkap' balik habis aku'. Monolog Humaira didalam hatinya sambil keningnya berkerut memikirkan sesuatu.

"Ah, redah ja lah". Kakinya diangkat menuju ke pintu masuk kelab itu. Kepala ditundukkan bagi memastikan penjaga tadi taknampak mukanya.

Humaira menarik nafas lega apabila kakinya berjaya memijak jalan tar yang sejuk itu. Dinginnya tengah-tengah malam ni.

Orang sekeliling yang melihatnya dengan muka pelik tak langsung diendahnya. Macam mana orang tak pandangnya pelik kalau dia hanya berkaki ayam, muka pun luka-luka. Berdarah!

"Hey! Perempuan!"

"Cepat tangkap perempuan berhoodie biru tu!"

Humaira terkejut, terus tubuhnya berasa sejuk. "Ah, matilah aku".

Tanpa melihat kebelakang, Humaira terus berlari sepantas mungkin. Dia terkejut! Takut! Lemah! Kepala terasa pening seketika namun dia gagahkan juga dirinya untuk berlari. Habis orang ramai ditolaknya, lantaklah nak jatuh ka nak tergolek ka apa, janji dia selamat. Selamat daripada lelaki yang tidak dikenalinya, selamat daripada menjadi hamba seks dikelab itu! Ya, dia dipaksa menjadi hamba seks. Kenapa? Tunggu sat nak cerita.

Semakin pantas Humaira berlari, semakin pantas lelaki-lelaki dibelakangnya mengejar. Perempuan weyh, mana nak boleh lumba lari dengan lelaki. Lagipun, diorang tu bukan calang-calang orang rasanya. Mesti stamina diorang tinggi!

'Arghhhhh, nak lari ke mana ni! Ya Allah tolongla aku!' Mata Humaira dah bergenang, dia nak lari ke mana? Selama ni dia duduk Penang, bukannya KL. Jalan di Penang pon dia tak 'khatam' lagi ni kan pulak jalan di KL.

Sambil dia berlari, fikirannya menerawang memikirkan nasibnya sekiranya ditangkap semula oleh orang dari kelab malam tadi. Kakinya terus berlari dan berlari.

Adrenalinnya menguasai pergerakan tubuhnya, memang dia letih sangat sekarang. Tapi nak buat macam mana, takkan nak berhenti kot, tak rela Humaira menjadi pemuas nafsu serakah setan-setan di kelab malam tadi. Tapak kakinya yang terasa sakit kerana berlari diatas jalan tar tidak diambil pusing. 

Dari tempatnya berlari, dia ternampak satu lorong yang agak gelap dihadapan. Jadi dia ambil keputusan untuk masuk ke lorong tersebut.

Matanya pantas menangkap tempat sempit dicelah dinding bata merah. Tempat batang paip!

Tanpa berfikir panjang, dia terus menyumbatkan badannya di celah dinding sempit itu. Nasib baik kurus. Belakang badannya dah rapat ke dinding, begitu juga hidung mancungnya yang sedikit terpenyek kerana tempat itu terlalu sempit.

Tap

Tap

Tap

Tap

Tap

"Betina tadi lesap ke mana pulak? Tak guna! Try cari dekat-dekat sini."

Humaira yang merasakan suara tersebut terlalu hampir dengannya mula berasa sejuk, kakinya menggeletar takut.

"Takde weyh"

"Aduh! Semak betol lah betina ni, jom blah"

Tap

Tap

Tap

Tap

Tap

"Fuhh, nasib baik" Humaira menghela nafas panjang. Lega.

Baru saja nak melangkah keluar, tiba-tiba ada 'benda' berwarna koko gelap jatuh ke atas muka nya. Erk? Korang rasa?

"Arghhhhhhh, eiii geli geli eiiii buang buang buang! Arghhh" Humaira terhegeh-hegeh menjerit. Alah perempuan kan. Aku pun geli! Merayap! Busuk!

Dalam kepala Humaira cuma ada satu benda sekarang, selamatkan dirinya daripada lipas! Eiii.

Humaira terus berlari laju keluar dari lorong gelap tadi. Kakinya mula memecut lagi apabila lelaki- lelaki yang mengejarnya tadi turut berpatah balik.

Tiba di satu simpang...

BUM!

Tubuh Humaira bagaikan melayang tinggi di udara. Sebelum...

Ini novel pertama saya dengan kawan-kawan saya. Kami hanya mencuba nasib ja. Tolong vote dan komen bebanyak okay?! 😁🌸

Follow
@missdheo

TUAN KING✔️ [ C ]Where stories live. Discover now