Tergeleng kepala Aaira. Tak mahu ingat kejadian lama. Baju-baju di dalam bakul dipunggah ke atas lantai. Dia mulakan kerjanya yang tergendala tadi.


KEDUA bahu Fitri dan Mas terangkat mengejut apabila bunyi kuat menghentam pendengaran mereka. Mereka berdua tertunduk ke bawah. Gerun untuk membalas pandangan garang daripada majikan mereka.

"Korang berdua buat kerja macam mana? Tahu tak report ni penting! Aku tak kira, aku nak kau dua orang settle kan report ni sebelum masuk waktu lunch" arah Tengku Danish kuat. Laju mereka mengangguk faham.

"Keluar sekarang" arah Tengku Danish lagi. Tanpa membuang masa, mereka terus keluar dari pejabat Tengku Danish.

Tengku Danish mengeluh kecil. Tak lama kemudian terdengar bunyi ketukan pada pintu pejabatnya. Terus dilaung suruh masuk. Hairy menjenguk sedikit sebelum daun pintu ditutup perlahan setelah dia masuk ke dalam. Dengan langkah tertib dia menghampiri meja kerja Tengku Danish.

"Tengku, saya dah..dapatkan maklumat perempuan yang tengku nak haritu tu" ujar Hairy setelah tiba dihadapan meja kerja Tengku Danish sambil menghulur fail nipis. Fail yang dihulur oleh Hairy diambil lalu dibuka.

Nama: Aaira Hessa binti Ahmad Saifuddin

Terangkat sedikit alis mata Tengku Danish, boleh tahan nama. Matanya menurun melihat maklumat yang lain.

Umur: 20 tahun
Tarikh lahir: 6 September 20__
Alamat: Pusat Anak Yatim Rumah Clarkia _
Tarikh kemasukan: 7 Februari 20__
Nama ibu: Nurul Aini binti Mohamed
Nama bapa: Ahmad Saifuddin bin Saad

Tengku Danish memerhati lama sebaris nama itu semula. Entah kenapa hatinya tertarik dengan pemilik nama tersebut.

Jika mahu dijadikan cerita, sebenarnya dia terserempak dengan gadis itu ketika dia berada di pasar. Sewaktu Tengku Danish menemani umminya untuk membeli lauk.

"Ummi..lambat lagi ke?" soal Tengku Danish sambil menayangkan riak wajah yang bosan. Tengku Seri menoleh memandang wajah cemberut anak sulungnya sekilas sebelum kembali membelek ayam di hadapannya.

"Sekejap la along. Ummi tak siap lagi" jawab Tengku Seri tanpa melihat wajah anaknya. Tengku Danish memutarkan bebola matanya ke atas. Penat dia berdiri di situ menunggu. Sedang dia bosan tak tau nak buat apa, tiba-tiba bahunya dilanggar dari arah belakang. Dia berdecit geram.

Terus dia pusingkan badan, memandang orang yang telah melanggarnya tadi. Sekali pusing ehh. Tak ada orang pun.

"Erm..encik?" Tengku Danish terbelakang sedikit sambil menunduk ke bawah. Ya Allah, pendek betul. Patutlah dia tak perasan tadi.

"Tch..buta ke? Tak nampak jalan?" tegur Tengku Danish mendatar menyebabkan gadis itu tertunduk ke bawah.

"Maafkan saya encik. Saya cari barang saya tadi dalam beg. Tak pandang depan" ujar gadis itu perlahan.

"Pandang depan lain kali"

Gadis itu tertunduk bersalah. Tengku Seri yang ketika itu sudah siap memilih lauk memandang anaknya pelik. Gadis di hadapan anaknya itu dipandang.

"Along..siapa ni?" soal Tengku Seri sambil melihat ke arah gadis kecil itu. Tengku Danish menggeleng.

"Dah ke ummi? Jom balik" soal Tengku Danish. Tengku Seri menurut sahaja. Gadis tadi yang masih setia di sebelah anaknya dipandang dengan senyuman. Gadis itu menunduk sedikit sambil membalas senyuman Tengku Seri. Mereka berdua bergerak menuju ke tempat pembayaran. Sempat Tengku Danish menoleh ke arah gadis tadi sekejap sebelum memandang ke depan semula.

ONLY YOU : Mrs. Danish [SU]Where stories live. Discover now