Anastasia (Bab 13)

1.3K 67 8
                                    

BAB 13

"JANGAN sedih sorang-sorang macam semalam?"

Suara Aina keluar dari kerongkong dan masuk semula ke dalam telinganya. Dari baring, Aina duduk tegak. Tangan tergerak-gerak seraya mulutnya berdecit, membebel marahkan seseorang.

"Aina Natasha. Betullah cakap mak. Kau memang dah gila. Kenapa kau pesan macam tu? Lantaklah kalau dia sedih, menangis, meroyan sorang-sorang pun! Kau tak payah ambil kesah. Kau sure ke semalam dia nampak sedih? Mamat tu emotionless kut. Cold. Dingin. Beku. Kadang-kadang ayat dan gaya dia tu macam lelaki narsisis, full of himself. Come on, Aina.  Kau memalukan diri sendirilah!"

Rambut menjadi mangsa kiraian Aina. Daripada lurus elok, sekarang ia sudah berubah kusut. Sama kusut dengan fikiran Aina tika ini. Semuanya gara-gara pesanan yang dia titip pada Arhan siang tadi. Matahari sudah menghilangkan diri, dan bulan dan bintang sudah menjadi peneman malam tetapi Aina masih mengutuk, marahkan diri sendiri atas keterlanjuran katanya.

"Mak!"

Deringan iPhone X membuatkan Aina terjerit kecil. Spontan mata jatuh pada skrin. Melihatkan nama 'Naufal', Aina melompat turun dari katil. Nama Arhan tak lagi difikirkannya. Sekejapan berganti dengan nama Elyana.

"Kenapa, Naufal? Ada apa-apa masalah ke?" tanyanya yang sudahpun keluar daripada bilik. Aina atur langkah menuju ke bilik Elyana. Cuba membuka pintu tetapi gagal.

"El? El? El okey tak?" Aina memanggil Elyana dengan rasa tidak keruan. Pintu diketuk lagi.

"El?"

"Akak..." Seiring sahutan itu, daun pintu ditolak. Terjengul Elyana di muka pintu bersama telefon pintar di tangannya.

"Kenapa, kak?" tanya Elyana.

"El okey?" Pantas Aina bertanya keadaan Elyana walaupun dari mata kasarnya, dia dapat lihat si adik tersenyum keceriaan. Mata jatuh pada iPhone X milik Elyana. Sementara hitam menjadi pilihan Aina, warna perak pula dipilih Elyana. Sama sepertinya, berlian dicacah pada casing, membentuk nama Elyana.

Elyana senyum sambil mengangguk laju. iPhone dijauhkan sedikit daripadanya sementara kepala digerakkan sedikit mendekati Aina.

"El tengah on the phone dengan Hans," kata Elyana separa berbisik. Bimbang kalau-kalau Arhan dengar butir bicaranya.

Nama yang disebut si adik buatkan Aina senyum kelat.

"Kenapa akak panggil El?" Elyana bertanya niat Aina pula.

"Oh? Aaa. Erm. Tak ada apa-apa. Naufal call akak malam-malam ni, akak jadi gelabah. Takut apa-apa jadi kat El, sebab tu akak terus ke bilik El. Okeylah. Akak turun bawah dulu. Mesti ada sebab kenapa Naufal call akak tiba-tiba." Kalut Aina memberi jawapan sambil tangan kiri tergerak-gerak mengunjuk tangga.

"Akak turun dulu eh," pamit Aina. Kaki menapak menuruni anak tangga. Selepas beberapa saat Elyana melambaikan tangannya, Elyana beredar masuk ke dalam bilik lalu pintu ditutup. Aina berhenti berjalan. Pintu bilik Elyana direnungnya. Tak disuruh tetapi akal laju saja mencipta pelbagai soalan. Dan setiap satu soalan itu membabitkan nama Elyana dan Arhan. Aina penasaran.

Apakah butir perbualan Elyana dan Arhan? Kenapa Elyana kelihatan gembira sekali? Hari sudah larut malam. Tak mengantukkah mereka berdua?

"Tengku?"

Automatik mata Aina beralih pandang. Kini di depannya ada Naufal. Mata Aina dikelip sekali dua. Sesaat kemudian, fikirannya kembali waras. Ringan mulutnya mahu menempelak Naufal yang berani menjejakkan kaki di tingkat tiga ini.

Anastasia [TERBIT - PENULISAN2U]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora