Anastasia (Bab 8)

1.2K 66 3
                                    

BAB 8

MATA dipejam sewaktu kakinya berlari-lari di atas treadmill. Tangan turut bergerak-gerak. Earphone yang disumbat di dalam telinga membuatkan Aina larut dalam dunianya sendiri.

Tiba-tiba Aina merasa tak sedap hati. Kelopak mata dibuka dan kepala pantas menoleh ke treadmill lagi satu di kirinya.

"Mak!!!"

Hilang keseimbangan badan dek terkejut. Running area masih bergerak sewaktu Aina berdiri kaku, secara tidak langsung buatkan tubuh Aina berundur ke belakang di luar kerelaan. Dalam pada rasa terkejut menguasai diri, Aina cuba panjangkan tangan untuk berpaut pada pemegang tetapi gagal.

Di luar jangkaan Aina, lengannya ditarik kuat hinggakan dia turun menjauhi treadmill. Ada sesuatu mencengkam lengan kanan bilamana tubuhnya ditarik ke arah sesuatu. Mata Aina membulat. Dipandangnya treadmill yang sudahpun berhenti beroperasi sebelum Aina dongakkan kepala.

Gulp. Gulp lagi. Terkujat seluruh tubuh Aina selepas menyedari dia berdiri tepat-tepat di hadapan Arhan. Bahu kiri Aina bagaikan melekat pada dada lelaki itu.

"Arhan. Err Hans. Err Tengku Arhan." Bingung pula Aina jadinya, tak tahu gelaran mana yang harus dia gunakan. Apabila Arhan lepaskan cengkamannya, cepat-cepat Aina jarakkan diri. Dilihatnya Arhan berdiri semula di atas treadmill. Selepas diaktifkan dan memilih tahap kelajuan yang dikehendaki, Arhan mula berlari di atasnya.

Aina cerunkan mata. Selepas rasa kaget beransur pergi, lincah saja akal mencipta seribu satu soalan. Dia berdiri semula di atas treadmillnya tadi. Tidak dihidupkan tetapi tubuh Aina berdiri menghadap Arhan.

"Tengku Arhan buat apa kat sini? Ini rumah El, bukannya rumah Tengku. Macam mana Tengku masuk? Siapa bagi Tengku keizinan untuk gunakan gym kat sini?" Spontan soalan-soalan itu dilempar kepada Arhan.

Mata masih tertumpu ke depan tetapi mulut dibuka untuk memberi jawapan kepada Aina.

"Saya beritahu El, saya nak cari gym kat kawasan sekitar sini tapi dia suruh saya datang sini aje sebab El sendiri pun tak tahu nak suggest gym mana. Kau orang baru pindah Johor juga kan?" jawab Arhan.

"Okey, disebabkan El yang ajak Tengku ke sini, saya tak bolehlah nak kata apa. Ini rumah El. Tapi kut ya pun, Tengku tegurlah saya. Jangan muncul tiba-tiba kat sebelah. Mestilah saya terkejut sebab daripada dulu sampai sekarang, memang saya sorang aje yang guna gym," kata Aina, sempat menempelak Arhan yang muncul tiba-tiba bagaikan hantu.

"Awak ingat, musuh-musuh El akan announce kemunculan dia orang ke?" Sedas sindiran diberi kepada Aina.

"Aunty Ida kata awak hebat so I had high expectation on you but apparently, awak tak adalah hebat mana. Dah lama saya ada kat sini, guna macam-macam equipment tapi awak tak sedar langsung. Bila saya muncul kat sebelah, awak terus menjerit terkejut dan tak dapat kawal diri," ujar Arhan lagi, sengaja mempertikaikan ketangkasan Aina. Jauh berbeza daripada apa yang disogok Khalidah ke telinganya.

Sedikit malu apabila ditempelak sebegitu tetapi Aina cuba tebalkan muka. Dia akui, dia leka dan lalai gara-gara menghayati muzik yang dia dengar.

Muzik! Barulah Aina teringatkan iPodnya. Mata pantas terarah pada iPod yang terdampar di atas treadmill. Aina capai dan membelek-beleknya. Earphone dicucuk semula ke telinga untuk memainkan lagu. Nafas kelegaan dilepaskan apabila item itu masih berfungsi dengan baik.

"Okey lagi?" soal Arhan.

"Okey."

"Awak dengar lagu apa?" Arhan bertanya lagi. Penasaran.

Anastasia [TERBIT - PENULISAN2U]Where stories live. Discover now