" Mama! Mama! Evin's here! Mama! Pandang la sini mama! " jerit Elvin dari satu arah. Aria berpusing-pusing mencari dari mana arah suara anaknya itu.

" Elvin! " Aria berlari anak ke arah Elvin yang sedang di dukung oleh seorang jejaka. Matanya tajam menikam mata Elvin.

Eee buat orang risau sajalah dia ni!

" Ariefz Elvin! Kan mama dah kata jangan pergi mana-mana. Evin degil sangat ni kenapa? Mama risau tahu. Kalau Evin kena culik macam mana? Elok-elok kamu ceramahkan penculik tu, nanti mama pulak ceramah kamu kang. " Aria bercekak pinggang. Risaunya bukan main !

" Mama..... " Suara Elvin seperti tidak keluar. Sangat perlahan tetapi masih didengari oleh Aria. Mukanya memerah menahan marah.

" Apa mama mama? Ni nasib orang jumpa tau. Jangan cakap dengan mama dah . "

" Mama.... " Elvin menari- narik gaun yang dipakai oleh Aria. Matanya mula berair. Tidak sanggup di abaikan oleh ibunya.

" Mama.... Evin minta maaf. Promise tak buat lagi. Evin janji tak minta toys 2 month. " Tangannya mengesat air mata yang jatuh.

" No. Tak nak 2 bulan. "

" Okey okey. A year. Promise. Mama cakap dengan Evin tau. " Elvin masih lagi mengesat air matanya yang jatuh. Masih bersedih kerana Aria tidak mahu bercakap dengannya.

Aria tertawa perlahan sebelum menggosok perlahan rambut anaknya. Dia tersenyum melihat anaknya itu. Aria menyamakan ketinggiannya dengan anaknya. Cuba melihat wajah yang disembunyi oleh anaknya.

Alahai, malu malu pula Elvin ni.

" Why are you crying, bambino? "

" I don't know. Evin ha paura della mamma per far svenire Evin. [ Evin takut mama marahkan Evin. ] " ujarnya tanpa memandang ke arah Aria. Masih lagi takut untuk melihat wajah ibunya.

" Never, bambino. Remember that I love you? "

" I love you too, mama! " Elvin segera memeluk leher Aria dan menangis sepuas-puasnya. Aria memeluk Elvin dan menggosok belakangnya perlahan .

Mata Aria ter arah pada jejaka yang mendukung Elvin sebentar tadi. Malu pula dengan apa yang terjadi. Eh, bukankah jejaka ini yang bertemu dengannya hari itu untuk menempah ballroom untuk annuel dinner ini?

" Eh, terima kasih encik sebab jumpa anak saya. Evin , cepat kata terima kasih dekat uncle ni. " ujar Aria perlahan pada Elvin.

" Grazie, signore [ Terima kasih , tuan. ] " Elvin mengesat air matanya sebelum menunduk pada jejaka sebentar tadi.

" Pstt, Elvin ! Malay or english only. " Bisik Aria.

" My bad, mama. Thanks uncle. " Ujarnya kembali.

Jejaka itu tertawa. Lucu dengan telatah budak kecil dihadapannya ini.

" Takpa, seronok layan budak macam anak Cik Effa ni. By the way, saya Darren. CEO Pelangi Holding. " Darren menghulurkan tanganya untuk bersalam. Aria menundukan badannya manakala Elvin menyambut tangan Darren dengan melompat sedikit.

Tak sampai nak salam elok-elok.

" Maaflah sebab Encik Darren kena tengok drama anak saya dengan saya. Ya Allah malunya. " Aria tertawa hambar. Tak tahu nak letak mukanya dimana. Malu yang teramat !

Musuh Jadi Partner In Crime?  [ ✔ ]Where stories live. Discover now