Apa kau dah buat ni Farid? Sanggup kau jatuhkan sepupu kau sendiri? Dia sanggup berputih mata, serahkan Seri Mahkota pada kau, tapi kau jahanamkan dia balik! Apa ni?

Akalnya mempertikaikan perbuatannya.

Seketika, Farid teringatkan malam yang bermakna baginya itu..










FLASHBACK..

MELIHAT tubuh sasa yg dipapah oleh wanita berambut blonde tersebut keluar dari kelab malam itu, Farid sudah tersenyum lebar. Nampaknya, plan A sudah clear, kita ke penyambungannya pula.

"You dah buat ke macam i suruh?" Soal Farid dari tempat duduk hadapan.

Suzy Anna mengangguk. Dia menolak masuk tubuh mabuk Adam Zaffri ke dalam kereta.

"I letak pil peransang tu kat dalam grape juice dia. I taknak dia 'tak sedar' waktu i dengan dia nanti. I dont want to play victim. Kalau i jahat. I nak dia pun nampak jahat. Adil kan? "Jelas Suzy sinis. Suka apabila pemuda kacak disebelahnya ini langsung tidak mahu duduk diam. Sekejap leher jinjangnya dicium, sekejap tubuh seksinya dipeluk, sungguh, Suzy Anna tidak sabar untuk menantikan malam ini.

Nasib baik ada Farid yang membantu, kalau tidak, jangankan nak Zaffri cium dia, peluk pun lelaki itu takkan buat! Rendah sungguh dirinya dia rasakan ketika itu!

"We haved arrived." Farid keluar dari kereta. Mereka sudah sampai disebuah hotel. Farid tidak mahu dirinya dikesan lelaki itu walaupun keadaan Adam Zaffri kini sedang mabuk.

Dengan kudrat yang ada, Suzy membawa tubuh kekar itu naik ke bilik. Dia akan memastikan kesemuanya berjalan lancar.

"Baby..where you want to bring me? Hiks!" Adam Zaffri tersedu. Dia nampak Suzy Anna memapahnya dan dia mahukan Suzy Anna sekarang juga. Lupa akan dirinya yang selama ini langsung tidak nampak kewujudan Suzy.

"Make a love, dear.." Satu kucupan dihadiahkan pada pipi itu. Suzy tersenyum lebar.

Melihat pada dua pasangan itu sudah masuk ke bilik, Farid senyum puas.

Walaupun kecewa pada Suzy yang selalu menolak cintanya, Farid tetap puas kerana berjaya meletakkan satu kamera yang disembunyikan di dalam bilik itu. Untuk merakamkan adegan panas itu. Sekaligus memberi peluang padanya sekiranya rakaman itu akan diperlukan. Dia berjaya memperbodohkan dua manusia tu..

Tetapi kini, Farid yang SANGAT bodoh kerana terlalu berkorban demi cintanya pada Suzy Anna. Natijahnya, kebijakan Suzy Anna telah memberi racun dalam hidupnya!

Zaffri, Forgive me!

End flashback.











DIA mula menguap. Untuk kali yang keberapa. Azura tidak boleh menahan dirinya dari terlelap. Dia betul-betul mengantuk!

Jam pada dinding dikerling. Sebelas malam. Tapi mana lelaki tu? Adam Zaffri? Dari pagi tadi, sejak dia mula pecah masuk kondo mamat tu, sampai la ni, batang hidung lelaki tu pun tak muncul!

Awat? Hang takut ka?

Azura datang sini bukan suka-suka, bukan secara rela. Tetapi atas sebab musabab yang dia sendiri mahukan. Apa? Kau orang fikir dia datang kondo lelaki ni sebab rindu? Sebab sayang? Pigidah!

Adam Zaffri main kotor dengan Azura, so apa kata Azura tolong selesaikan?

Ego Azura Darleena pula kini tinggi melangit. Langsung dia tidak mahu ada terbit sedikitpun perasaan belas kasihan dalam dirinya.

Takkan henti, Mencintaimu. (ON HOLD)जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें