BAB 64-siapa dalang?

8K 187 10
                                    

Rindu yang paling sakit adalah bila kau tak boleh luah rindu tu dekat dia.

KELUAR sahaja dari perut lif, Azura Darleena berlenggang membawa perutnya menuju ke kondo milik lelaki itu. Atas desakan serta pujuk rayunya kepada bibik Nayle, akhirnya wanita indonesia itu memberi juga maklumat tentang ke mana menghilangnya lelaki pengecut itu.

Hek eleh, ingatkan lari ke luar negara ke luar negeri ke, rupa-rupanya kau sembunyikan diri kau dekat Kondo ni eh!

Melihat pagar pada pintu tersebut yang sudah dimangga, jelas sekali tiada orang di rumah.

Azura tersenyum sendiri. Dia fikir aku takde kunci pendua ke? Bukan ke mereka pernah duduk sini dahulu? Sebelum berpindah ke Bukit Tinggi?

Tanpa rasa risau serta takut, Azura Darleena dengan selambanya membuka mangga tersebut dan menarik pagar putih itu dengan mudah. Lagaknya juga seperti dia sudah biasa dengan selok belok Kondo ini.

Masuk sahaja ke dalam ruang tamu, Azura Darleena menggelengkan kepalanya.

Bersepahnya!

Dengan keropok jagung bertaburan di atas meja, air coke tidak bertutup, pinggan yang sudah berapa hari tak dibasuh!

Gila! Mamat ni bawak balik ke perangai bujang dia? Bukan dia tak macamni ke?

Mangkuk tingkat yang dibawanya dari rumah di letak di meja dapur. Mata Azura Darleena sakit saat terpandangkan benda-benda yang menyerabutkan itu. Dia melangkah naik pula ke dalam bilik.

Lebih kurang sahaja keadaannya dengan di bawah. Azura pamit menghampiri katil. Elok sahaja pandangannya terhenti pada katil, matanya terpandangkan frame gambar pernikahannya dan lelaki itu.

Adam Zaffri Bin Zainal Abidin.

Perlahan, gambar itu disentuh.

Dia.. Bawak gambar ni dalam tidur dia ke?

Hatinya terasa sayu. Azura Darleena sendiri dapat merasakan betapa dia rindukan kenangannya dengan pemuda itu.

Namun, nasi sudah menjadi bubur. Rasa kecewanya pula semakin menjadi-jadi. Berita berkenaan skandal suaminya itu sudah tular dilaman sosial. Dan dia, antara yang terlewat mengetahuinya.

Ia sangat-sangat mengecewakan. Itu sahaja yang Azura Darleena rasakan saat ini. Banyak kali dia makan hati. Pada lelaki itu. Namun ada lelaki tu kisah? Lari macam pengecut adalah!

Selendangnya ditanggal. Azura Darleena tidak mahu melayan perasaan. Lagi dilayan, lagi sakit. Takut bagi effect pada kandungannya. Yalah, takut lahir je nanti, anak dia dah tak suka kat bapa dia sendiri.

Dari dia tertunggu-tunggukan lelaki itu, lebih baik dia selesaikan Kondo yang sangat bersepah ini.

Tiada Datin Husna serta bibik Nayle, langkahnya aktif ke sana-sini.










FARID HAKIM mengetuk-ngetuk stereng kereta. Cuba menghilangkan rasa gelisahnya. Walaupun suhu penghawa dingin sudah direndahkan, peluhnya tidak lekang dari wajahnya. Sesekali tangannya menyentuh dahi, sekejap menutup mulut dan kemudian dia memukul stereng dengan kuat.

"Bodohlah!" Makinya. Memikirkan kesilapan yang telah dilakukannya itu.

Pendrive sekecil itu rupa-rupanya boleh memberi impak yang cukup mendalam!

Sungguh, dia tak sangka Suzy sebijak itu. Dan, Farid langsung tidak rasa puas hati kerana dendamnya secara tidak langsung sudah tertunasi, sebaliknya perasaan bersalah sentiasa berperang di dalam hati!

Takkan henti, Mencintaimu. (ON HOLD)Where stories live. Discover now