BAB 51

6.4K 201 22
                                    

Smk Dusun Nanding..

BERSAMA Dengan baju sekolah yang sudah tidak kemas tersarung di tubuhnya, rambut kusut masai serta bibir yang membengkak akibat ditumbuk, Ariff Syazwan tetap nampak tenang berdiri berhadapan dengan Guru disiplin dihadapannya. Siap meletakkan kedua belah tangan didalam poket seluar.

Pelajar lelaki disebelah tersedu-sedu bersama tangisan yang tidak henti. Pipi membengkak juga akibat dipukul.

"Sekarang ni saya nak tanya apa masalah kamu berdua?!" Tegas Tuan Haji Hambari bersama wajah bengis dihadiahkannya.

Suasana bilik disiplin itu bagaikan sunyi sepi. Kedinginan kipas syiling langsung tidak dapat mendinginkan hati Tuan Haji Hambari yang panas.

"Bertumbuk macam budak-budak! Kalau tak puas hati bagitahu! Bukannya selesaikan dengan bertumbuk!" Marah Cikgu disiplin itu lagi.

"Aiman? Apa yang buat kamu sampai marahkan Ariff? Kamu tu sekelas! Sepatutnya kamu hormat dia sebagai rakan sebaya kamu!"

Aiman yang dari tadi menangis mengangkat wajah, memandang Tuan Haji Hambari.

"Kalau dia..tak hormat saya, macam mana saya nak respect dia cikgu?" Bidas Aiman. Airmatanya diseka.

Ariff Syazwan menjeling tajam ketua kelasnya itu. Huh, dasar cengeng.

"Ariff? Boleh terangkan apa yang berlaku? Kamu merupakan pelajar harapan bagi calon pentaksiran tingkatan tiga tahun ini, jadi sepatutnya kamu tunjuk contoh yang terbaik untuk kawan-kawan kamu! Bukannya berlagak nak jadi samseng!" Sergah lelaki yang sudah berumur lewat lima puluhan itu.

Ariff buat tidak dengar. Dia lebih gemar mendiamkan diri sekaligus menaikkan darah Tuan Haji Hambari.

"Muhammad Ariff Syazwan!" Tengking Cikgu disiplin yang sangat tegas itu.

"Apa dia? Cikgu nak saya buat apa? Sujud minta maaf kat kaki dia? Boleh jalan!" Begitu pula yang dibalas Ariff. Sehingga terkelu orang tua itu dibuatnya.

Aiman disebelah menggenggam penumbuk.

"Kamu jangan kurang ajar dengan saya Ariff!" Marah Tuan Haji Hambari. Kelakuan pelajar dihadapannya ini agak melampau!

"Bukan niat saya nak kurang ajar tapi saya takkan berkurang ajar kalau budak ni tak hina keluarga saya!" Jarinya dituding kepada Aiman. Merah matanya, turut menahan kemarahan. Masih segar lagi hinaan yang dihamburkan Aiman di dalam kelas tadi.

"Kau kalau tak mampu nak bayar yuran, jangan berlagak nak sekolah. Pergi kerja! Cari duit! Orang miskin mana mampu nak bayar yuran!Pergi merempat jelah!"

Dan disebabkan itulah, mereka bertumbuk di dalam kelas.

"Kamu hina apa Aiman?" Pandangan guru disiplin itu beralih pula kepada Aiman.

Aiman serba tak kena.

"Saya tak hina pun cikgu.. Saya nasihat pada dia, pentaksiran tingkatan tiga dah makin hampir, tapi yuran dia masih lagi tangguhkan, saya tegur la elok-elok, tapi dia melenting." Bohong Aiman. Tetap mahu menegakkan benang yang basah.

"Kau nak aku lunyaikan kau dekat sini ke hah!" Kali ini Ariff sudah tidak boleh bersabar, kemarahannya sudah semakin tipis. Dengan sekali tolak sahaja, tubuh lembik Aiman sudah lunyai ke lantai, hampir sahaja kepala budak itu terkena bucu meja. Belum sempat dia menghadiahkan penangan kepada Aiman, terdengar jeritan dari Tuan Haji Hambari.

"Ariff Syazwan! Kamu tak fikir ke arwah mak abah kamu akan sedih tengok kamu macam ni!" Tegur suara itu.

Ariff Syazwan terpana. Kemarahannya tiba-tiba surut. Ia berganti pula dengan airmata kerinduan yang tak dapat ditahannya. Aiman yang terbaring dipandang kosong.

Takkan henti, Mencintaimu. (ON HOLD)Where stories live. Discover now