BAB 63😬

7.7K 203 41
                                    

Love is sweet when it's new. But it is sweeter when it's true.


PEMERGIAN Datin Husna dan Dato Zainal ke Kedah dihantar oleh sepasang matanya. Dari tingkat atas, dia sudah melihat mamanya itu sedang sibuk dengan telefon pintarnya. Sekejap ke kiri, sekejap ke kanan. Sibuk sungguh Datin Husna sekarang. Dengan menantunya lagi. Sekarang ni sempat pula wanita itu pulang ke rumah semula. Katanya perlu ke Kedah untuk majlis pelancaran satu lagi resortnya yang sudah sepenuhnya siap di Pulau Langkawi. Rekaan Resort tersebut telah diamanahkan kepada arkitek-arkitek di Syarikat suaminya, Crystal Mahkota Holding untuk melukis pelan Resort tersebut. Atas bantuan Adam Zaffri sebagai orang yang berjawatan tinggi di Syarikat tersebut, akhirnya Resort Seri Hibiscus berdiri dengan megahnya.

Melambai pemergian orang tuanya, Aryana naik semula ke bilik. Riang sungguh rasa hatinya. Dia mula membersihkan diri. Kejap lagi, kita tengok apa yang bakal terjadi.






USAI memasukkan sampul surat bewarna coklat itu ke dalam peti surat di kediaman banglo itu, Suzy Anna terus bergerak menuju ke keretanya yang diparking tidak jauh dari kawasan tersebut. Dia tidak berniat untuk masuk ke dalam, mahu dirinya dipelangkung(diterajang😂) lagi oleh orang tua itu.

Kali ini, dia yakin. Perancangannya ini pasti akan membuahkan hasil. Pedulikan tentang harga dirinya yang sudah tersebar. Yang penting, satu keluarga Adam Zaffri akan menanggung malu. Terutamanya Datin Husna yang sombong itu!

Pintu kereta dibuka. Masih ada lagi beberapa helai sampul surat bewarna coklat. Suzy Anna tersenyum sinis. Berterima kasih sungguh dia pada Farid!

Destinasinya selepas ini, Monalisa Hotel.

Hotel yang mana airmukanya telah jatuh. Dijatuhkan oleh orang tua itu!

Takpe Datin! Datin halau saya macam anjing kurap kan?! Datin tunggulah nasib Datin anak beranak macam mana..

Beredar sahaja Bezza milik Suzy, Hilux yang dipandu Aryana pula tiba. Berselisih dengan kereta wanita itu.

Aryana memarkirkan keretanya dibawah pokok. Bungkusan plastik yang terisi kek cheese tart dipandang penuh makna. Dashboard dibuka. Picagari yang sudah dipasang jarum serta terisi cecair jernih di-dalamnya diambil dan dibalut dengan kain kemudian dimasukkan ke dalam jaket birunya.

Turun sahaja dari kereta, Aryana berjalan seperti biasa. Lagaknya juga seperti tiada niat yang tidak baik. Seperti seorang kawan yang mahu bertemu kawannya.

Baru sahaja ingin menekan loceng, tiba-tiba mulutnya ditekup dengan sepasang kain. Menyebabkan nafasnya sesak. Aryana cuba melawan pada orang yg menutup mulutnya itu. Namun gagal. Kudratnya sebagai seorang wanita sememangnya tidak mampu mengalahkan lelaki gagah dibelakangnya.

"Erghh.. Hmmph! Emph!" Aryana cuba menjerit. Dia sudah tidak berdaya. Dan akhirnya, pandangannya kabur. Tubuhnya terjelopok jatuh ke lantai.

Aryana pengsan. Bungkusan kek itu terjatuh pada jalan tar. Kek yang sudah diletakkan racun itu. Rancangannya untuk membunuh Azura sudah gagal tanpa sempat dia mulakan!

Tubuhnya dimasukkan ke dalam sebuah kereta MPV berwarna hitam dan lelaki sasa itu turut mengeluarkan semula sampul surat yang telah Suzy Anna masukkan. Kemudian kereta itu berdesup pergi. Meninggalkan banglo mewah itu.






'GEMPAR! ANAK CEO CRYSTAL MAHKOTA&MONALISA HOTEL DIDAPATI CURANG!'

TAK sampai seminggu dia disini, yang disana pula dah buat hal! Datin Husna mahu pengsan! Lagi pula apabila dia melihat video pendek yang berukuran tiga puluh saat itu mendedahkan jelas wajah anak lelaki yang cukup disanjunginya itu sedang melakukan maksiat bersama seorang wanita yang tidak dapat dilihat jelas dalam video tersebut. Yang pastinya, ada Zaffri dalam video tersebut! Video yang cukup menjatuhkan maruahnya sekeluarga!

Takkan henti, Mencintaimu. (ON HOLD)Where stories live. Discover now