BAB 28

5.5K 149 1
                                    

TAK GUNA.

Aryana berdecit. Tak disangka plan yang telah diaturnya tidak berhasil! Sakit hati betul! Melihat dari jauh abangnya yang sudah tersenyum lebar saat lafaz akad sudah terlerai, dia rasa bagai nak gila! Perempuan tu? Kakak ipar aku? Boleh jalan!

Diraup wajah bersihnya. Masing-masing sibuk mahu mengambil gambar dengan merpati dua sejoli itu. Walaupun majlis yang diadakan secara kecil-kecilan, tetap ada juga segelintir yang hadir mahu memeriahkan suasana.

"Kurang ajar punya Ameer, mesti barang local yang kau bagi aku, patutlah takde effect. Nanti kau!" Sumpah Aryana sendirian. Melihat Azura yang sudah menjadi sah isteri abangnya, Aryana berjalan meninggalkan majlis.

"Ya Allah Darl!" Kak Raihanah yang sedang bergambar bersama Azura dan suami terkejut saat tubuh Azura Darleena hampir tumbang ke lantai apabila gadis itu tiba-tiba pengsan. Nasib baik Adam Zaffri pantas bertindak.

Aryana menoleh dan melihat apa yang berlaku. Azura Darleena dilihat sudah tidak sedarkan diri. Keningnya terangkat.

"Baru sekarang? Baru sekarang bagi effect? Boleh pegi mati." Tak ada hati Aryana mahu melihat kakak iparnya itu. Disangka, ubat khayal yang diletak di dalam air teh yang diberi kepada Azura akan cepat bertindak sebelum pernikahan berlangsung, namun sangkaannya meleset. Saat wanita itu sudah sah menjadi isteri abangnya, baru semua yang dimahukannya berlaku?

Tak cakap banyak, kunci keretanya diambil dan dia bergegas meninggalkan hari malang itu.



SAAT kelopak matanya dibuka, pandangannya terasa kabur. Cermin matanya pergi entah ke mana. Kepalanya terasa berat dan berdenyut.  Kesejukan penghawa dingin di dalam bilik Adam Zaffri mencengkam tubuh. Azura mengurut-urut kepala yang sakit. Sedang sibuk jari runcingnya bergerak ke sana sini, urutannya terhenti.

Mata bundarnya terbuka luas.

Teringatkan sesuatu, pantas dia bangun dari katil.

Mana pergi tudung dia?

Melihat rambut ikal mayang miliknya yang sudah terlepas dari ikatan di dalam cermin, lagi Azura Darleena rasa nak gila. Siapa punya kerja ni?

Terdengar ketukan di pintu bilik, Azura Darleena menoleh.

Bibik Nayle yang baru beberapa jam dikenalinya masuk ke dalam bilik dengan tangan memegang sebotol minyak angin.

"Sudah bangun ya mbak Azura? Gimana rasanya? Sakit lagi kepalanya? Waduh.. kasian dong aku sama mbak Azura, sudahlah hari ni hari istimewa kalian, tapi mbak pula jatuh pengsan.." Begitu semangat Bibik Nayle bercerita.

Pengsan sahaja Azura Darleena, terus Adam Zaffri membawanya naik ke atas. Bibik Nayle yang kebetulan mahu mengemas, turut membantu. Shawl putih yang dipakai Azura, bibik Nayle buka. Cermin mata yang elok tersarung, bibik Nayle tanggal. Adam Zaffri terus turun ke bawah tanpa berkata apa-apa. Lelaki itu seperti tidak kisah ataupun risau apa yang terjadi kepada isterinya. Bibik Nayle membuat andaian sendiri.

"Ini saya ada bawa minyak, mbak sapu yaa dikepalanya, muka mbak nampak pucat, lagi pusing ya kepalanya?'' Soal bibik Nayle.

Azura menghenyakkan punggung di atas tilam. Minyak angin yang dihulur bibik Nayle diambil.

"Sikit je bik.." Minyak angin dititis sedikit diatas tangan kemudian disapu ke kepala.

"Mbak enggak makan ya tadi pagi?"

"Makan. Saya makan nasi lemak. Tak taulah, mungkin penat sangat kot." Ujar Azura. Entah mengapa tiba-tiba saat rakan dan sabahat handai mahu bergambar dengannya, Azura pengsan. Kepalanya terasa pening dan berdenyut. Sedar sahaja, dirinya sudah terbaring diatas katil.

Takkan henti, Mencintaimu. (ON HOLD)Where stories live. Discover now