BAB 23

5.5K 161 1
                                    

HARI berganti hari, minggu berganti minggu, namun bayang lelaki itu langsung tidak kelihatan. Membiarkan dirinya terbawa-bawa keputusan yang telah dilakukannya. Mana dia? Mana pergi tawaran yang dilakukannya?

Azura Darleena mengeluh. Melepaskan nafas berat. Baru sahaja tadi dia menjaga Puan Azimah. Ibunya itu sedang tidur. Biarlah, dia tidak mahu mengganggu.

Mana awak Zaffri? Setelah awak bagi harapan dekat saya, awak hilang macamtu je? Nak mainkan hati saya?

Perasaan Azura Darleena serba tak kena. Dia tidak tahu apa yang perlu dilakukannya. Matanya terpejam rapat. Mengawal rasa kecewa dihati.

"Cik Azura.." Satu suara garau menyapanya. Pantas,matanya terbuka. Melihatkan gerangan yang menyapa, Azura Darleena mengeluh lagi.

Doktor Johan.

Johan memerhati raut wajah lembut yang agak muram itu.

Muram-muram pun manis. Hm.

"Cik Azura buat apa dekat sini? Tak tengok-tengokkan ibu awak?" Soal Johan. Aneh apabila dilihat Azura sedang duduk di lobi Hospital.

"Saya baru tengok tadi. Dia sedang tidur." Jawab Azura. Shawl crepe peach menjadi temanya hari ini.

"Saya dengar yang awak dah setuju untuk buat pembedahan ibu awak?" Soal Johan meminta kepastian. Dapat tahu berita ini pun dari kakitangan Hospital.

Azura Darleena mengangguk perlahan. Tetapi bibirnya masih tiada senyuman. Dia keliru. Dia dah buat keputusan tetapi mana lelaki itu?

Bagi harapan dan tinggalkan?

Bagus.

"Hmmm,nampaknya mood Cik Azura saya harini ke laut,kenapa ni?"

'Cik Azura saya.'

Azura hanya tersenyum nipis. Membiarkan kata-kata manis Johan berlalu pergi tanpa sebuah jawapan.  Seperti Adam Zaffri yang tidak tunjukkan diri mendapatkan jawapan darinya.

Johan mengusap-usap dagunya yang licin.  Tanpa sebarang kata, kerusi disebelah Azura didudukinya. Memandang wajah putih bersih gadis yang sentiasa besederhana dalam pemakaiannya. Entahlah, besederhana pun tetap manis di mata Johan.

Kenapa Allah tak hantar dia dulu dari Aryana?

Tiba-tiba akal terdetik soalan yang entah bila ada jawapannya.

Tunangnya itu sudah berapa minggu tidak bersua muka dengannya. Punca pergaduhan? Johan selalu tiada masa untuknya. Untuk menemani Aryana bershooping, jalan-jalan, mandi manda dan lain-lain. Bukan nak mengiyakan kenyataan Aryana itu, tetapi memang benar, masa Johan lebih banyak dihabiskan di Hospital dan Klinik. Nak kata Aryana tak faham cara kerja Johan, takkanlah sampai sekarang mereka stay? Cuma tulah, perempuan kan complicated. Oppss..

"Johan.."

"Ya..." Hmm dia panggil aku. Suara hati Johan tiba-tiba rasa gemuruh.

"Awak boleh hantarkan saya ke rumah Zaffri?"

fatah.

Hati.

Johan.

Dibuatnya.



Huish... Besar gila rumah!

Bibir Azura membentuk 'o' apabila kakinya memijak kawasan luar Banglo milik keluarga Adam Zaffri. Kedua tangan memegang grill pagar yang utuh berdiri menjadi pintu keluar masuk tuan punya rumah. Mazda milik Johan tidak terus meninggalkan Azura tetapi elok terparking di bawah Pokok tidak jauh dari banglo tersebut. Memang dia mahu menunggu Azura Darleena pun.

Takkan henti, Mencintaimu. (ON HOLD)Where stories live. Discover now