BAB 56

7.7K 267 23
                                    

Sri Kota Specialist Medical Centre..

JARI pucat itu sudah berselirat dengan tube saluran IVDRIP, Branula terletak pada atas tangannya. Cecair normal saline yang slow running mula memasuki saluran darahnya. Keadaannya semakin stabil. Wanita berambut coklat itu masih lagi belum tersedar. Nafasnya juga kedengaran lemah sekali.

Azura Darleena masih setia menunggu. Matanya masih tidak beralih dari perut memboyot itu dan si ibu silih berganti. Sekilas, tangan Azura menyentuh perutnya perlahan.

Moga anak ibu baik-baik sahaja..

Kak Bunga turut setia bersama. Mereka sedang menunggu gerangan yang menelefon wanita itu sewaktu mereka dalam perjalanan menuju ke Hospital. Dengan cemas, Bunga yang menjawab memberitahu perkara sebenar. Lelaki dari dalam telefon itu mengarahkan mereka untuk menghantar ibu hamil ini ke Sri Kota. Dan tanpa membuang masa, Bunga terus memandu ke Hospital private tersebut. Wanita itu terus dihantar ke Zon kecemasan. Dan selepas beberapa jam menunggu, barulah perempuan itu kembali diletakkan di wad biasa. Perkembangan tentang wanita tersebut, masih belum mereka ketahui.

Azura melihat telefon miliknya.

119 missed called from abang Zaff.

Sengaja dia silent telefonnya. Dia tidak mahu lelaki itu mengganggu keadaan yang cemas tadi. Biarlah sekiranya lelaki itu mengamuk sekali pun, asalkan wanita dihadapannya ini selamat.

Pintu bilik dikuak dari luar. Azura dan Bunga memandang gerangan yang masuk. Seorang doktor lelaki india segak berkemeja kelabu itu berdiri dihadapan mereka. Pasti ini doktor yang merawat wanita tersebut.

Doktor Navin memandang dua wanita dihadapannya silih berganti.

"Maaf bertanya, awak berdua ke yang hantar wanita ni ke sini?" Soal Doktor Navin.

Mereka serentak mengangguk.

"Siapa diantara kamu ahli keluarganya?" Soal lelaki berhidung mancung itu. Macam Shahrukhan pun ada muka.

Azura memandang Kak Bunga. Dan kaK Bunga turut melakukan perkara yang sama.

"Suami Puan Suzy ni ada tak? Saya perlu maklumkan akan keadaan dia kini." Tanya Doktor muda itu lagi.

"Err kami.."

"Maaf lewat." Satu suara menegur. Pintu yang dibuka tertutup semula. Azura dapat melihat lelaki melayu yang hanya bertshirt biru dan berseluar denim itu termengah-mengah. Pasti ini suaminya.

"Jadi awak suami Puan Suzy?" Soal Doktor Navin apabila melihat pemuda itu di dalam bilik.

Bunga Raihanah memandang lelaki itu. Tinggi, kacak dan nampak style. Patutlah isterinya pun cantik..

"Hah?" Farid Hakim nampak terkejut dengan soalan yang diberi doktor lelaki itu. Dia yang masih terkejut dengan berita yang baru diterimanya berkenaan dengan Suzy Anna, semakin terkejut.

"Encik ke suami Puan Suzy ni?" Sekali lagi, Doktor Navin bertanya. Farid memandang tubuh yang terbaring lemah di atas katil itu. Pandangannya beralih pula pada dua wanita bertudung yang duduk berhampiran katil Suzy Anna. Pasti mereka yang memberikan pertolongan kepada Suzy Anna.

"Er..ya, saya suami dia." Terpaksa dia berbohong. Demi Suzy Anna tercinta. Wanita ini bersendirian di Malaysia ini. Tak ada siapa yang mahu melindunginya. Walaupun lelaki yang menjadi punca perut Suzy memboyot masih ada di Malaysia. Sedang bersenang-senang dengan isteri tercinta! Membiarkan Suzy Anna terseksa sendirian membawa ke hulu hilir benih darinya!

"Mari ikut saya ke bilik. Ada benda yang saya nak bagitahu." Ujar Doktor Navin sejurus keluar dari bilik.

Farid membuntuti langkah lelaki itu dan sempat mengucap terima kasih pada dua gadis ayu bertudung litup tersebut. Saat matanya bertentang mata dan senyuman ikhlas diukir pada si gadis yang berjubah hijau gelap itu, Farid nampak gadis itu terus menundukkan wajahnya segan.

Takkan henti, Mencintaimu. (ON HOLD)Where stories live. Discover now