BAB 32

6.2K 170 2
                                    

BALKONI luar biliknya menjadi tempat untuk Adam Zaffri melepaskan rasa penat setelah pulang dari kerja. Selesai mandi, dia tidak bercadang untuk tidur.Kepalanya ralit memikirkan sesuatu. Ketat sahaja wajahnya.

"Haihh..." Akhirnya dia mengeluh panjang.

Perbualannya dengan Farid didalam skype tempoh hari masih lagi tidak luput dari ingatan.

"How are you, my cousin? Getting better after you decide to married?" Farid bersuara ceria. Dapat mengetahui berita ini dari keluarganya di Malaysia. Pada awalnya, dia tidak menyangka Adam Zaffri rupa-rupanya sudah punya pilihan sendiri, namun setelah otaknya ligat diperah, dia pasti Adam Zaffri sedang merancang sesuatu.

"Not bad." Ujar Adam Zaffri. Malas mahu bercerita lebih lebih tentang kehidupannya kepada malaun ini.

"Kahwin koboi ke?" Soalan Farid dibiarkan tidak berjawab.

"Hahahahaha" Farid ketawa. Tahu Adam Zaffri tiada point untuk mengenakannya semula.

"Sejak aku handle Seri Mahkota, projek makin banyak masuk, Zaff. Hebat jugak company kau." Melambung pujian yang diberi Farid. Adam Zaffri nampak Farid begitu selesa menyandarkan kepalanya di kerusi milik bekas boss Seri Mahkota. Sakit hati memanglah sakit, tapi apa boleh buat? Kau kantoi depan mulut longkang ni, memang nayalah jawapnya.

"Tak sangka tangan tak berpengalaman kau akhirnya succes jugak, Farid." Adam Zaffri selamba mengatanya. Dari dalam ipad dapat dia lihat wajah bengang Farid Hakim. Nasiblah...

"Up to you,Zaff. Yang penting aku bahagia dekat sini. Dengan Seri Mahkota, dengan Suzy,opss.." Farid menutup mulutnya dengan tapak tangan. Berkerut dahi Adam Zaffri.

"Suzy?"

"Eh takdelah, aku..."

"Bila dia balik Malaysia?" Adam Zaffri memotong.

Line pun laju semacam sahaja hari ini, bagi peluang kepada dua musuh ini untuk berbual. Musuh berbual sesama musuh? Pelik bukan..

"Ehemm..." Farid membetulkan keselesaan tekaknya. Bagai mahu menyampaikan berita yang serius.

"Apahal kau ni?" Lain macam pula Adam Zaffri rasa.

"Aku bukan apa Zaff, aku cuma kesian dekat kau.." Perlahan sahaja suara Farid. Reaksi pada wajahnya pula bagai sengaja dikeruhkan.

"Straight to the point, Farid." Adam Zaffri tidak suka menunggu.

"Isteri kau mana?"

Dah kenapa? Kena mengena ke wanita itu dalam tajuk mereka?

Berketap rahang Adam Zaffri.

"Kenapa kau sibuk?" Nadanya keras.

"Aihh..marah? Relax la brader..Aku tanya je.." Farid ketawa.

"Takde kene mengena isteri aku dalam hal ini." Serius suara Adam Zaffri.

"Aku bukan apa, aku nak tengok tinggi mana taste kau sampai Suzy pun kau tak hairan.." Jelas Farid sedang memerlinya.

"Tolong Farid, aku tak free nak layan benda sia sia dari mulut kau." Rambutnya diraup ke belakang. Berpeluh. Panas. Sepanas hatinya.

"Koyak pulak...hahahaha,"

"Kau kalau ada depan mata aku memang pecah muka kau Farid.'' Adam Zaffri tidak bergurau. Tengok wajah Farid dari dalam Ipad sudah terbakar hatinya.

"Woo woo..chill chill la, okay la macamni.." Wajah Farid dihampirkan ke arah skrin.

"Suzy." Bibirnya memetik nama wanita itu.

Takkan henti, Mencintaimu. (ON HOLD)Where stories live. Discover now