BAB 18

5K 139 1
                                    

"Shit! Double shit! I'll hate you till i die,Zaffri!" Kemarahannya sudah sampai ke puncak. Cermin di dalam bilik air rumah sewa The Muse House yang sudah beberapa bulan dia menginap habis pecah ditumbuk dengan segenggam jari tangannya.

Belakang jari yang sudah dibanjiri dengan darah dibiarkan mengalir. Fikirannya lebih gemar melayan keanginan yang tidak ada surutnya.

Airmuka Farid Hakim bengis. Jelas kelihatan urat-urat di sekitar lehernya. Kalau Adam Zaffri ada dihadapannya, entah bernyawa atau tidak lelaki itu.

"I'm pregnant, Adam Zaffri son's."

Masih terngiang-ngiang kata-kata Suzy ketika pertemuan mereka pagi tadi. Farid berharap,setelah lama tidak bersua muka dengan wanita itu, dapatlah dia meluangkan masa yang ada dengan bersiar-siar di Kota London dengan puteri idaman. Tapi sayang, puteri idaman datang bertemunya untuk memuntahkan segala rasa geram terhadap Adam Zaffri dan berita kehamilannya pada Farid.

Farid Hakim..Farid Hakim..

Dahla bunga idaman sudah dimiliki oleh lelaki yang cukup dibencinya.

Lagi pula,puteri impian akan menambah satu lagi baka lelaki itu.

Pulanglah Farid ke The Muse House dengan hati yang bengkak.

Sakit hati tu memanglah sakit.

Tapi apa boleh buat?

Adam Zaffri dah 'dapat' Suzy.

Kau Farid?

Terkejar-kejarkan barang terpakai kenapa?

"Wow! Jam sembilan tiga puluh minit pagi baru kau tunjuk muka. Kau fikir company ni bapak kau punya?" Melangkah sahaja dia ke pintu bilik kerjanya,satu suara lantang menegurnya.

Farid Hakim buat do no.

"Kau ni kira beruntunglah aku nak bagi muka pada kau untuk kerja dekat sini. Tapi kau ni makin aku bagi muka makin kau pijak kepala,Farid. Kau ingat aku suka-suka ke nak bagi kau pegang jawatan sebagai Marketing manager tu? Bersyukurlah sikit Farid.. Tapi kau buat company aku ni macam takde rules pulak." Sambung Adam Zaffri lagi. Sengaja dia masuk ke bilik yang menempatkan Farid di Seri Mahkota. Bagus, boss sampai lagi awal dari orang bawah.

Farid masih bersenang lenang di sofa bewarna cream itu. Seketika,tubuhnya menggeliat. Ahhhh,ngantuk!

"Come on,Farid. Jangan buat aku macam batu dekat sini." Panas pula hati Adam Zaffri apabila Farid langsung tidak mengendahkannya.

Farid memandang Adam Zaffri yang tidak jauh dari kedudukannya. Lelaki itu sedang berdiri sambil berpeluk tubuh merenungnya.

"Sorry,Mr Zaffri." Tidak ikhlas Farid memohon maaf.

"Ayat mohon maaf kau tu dah basi Farid. Kau cipta lah ayat lain. Mana paper projek Mega yang aku dah suruh kau handle dengan One Asia Holding?" Adam Zaffri serius. Soal kerja dia tiada kompromi. Perselisihan antara dirinya dan Farid itu ditolak tepi. Be profesional not personal.

"Alamak! Paper tu belum fully completed! Aku baru settle suku je!" Lagi sekali, Farid Hakim menambah lagi suhu kepanasan di dalam hatinya.

Adam Zaffri mengetap rahangnya. Menahan kesabaran yang sudah semakin tipis.

"Alasan kau?" Soal Zaffri.

"Aku busy."

Zaffri tersenyum sinis. Jawapan paling 'bijak'!

"Busy buat apa?"

"Tolong tengok-tengokkan Suzy."

Mata Adam Zaffri kaku tanpa kerdipan saat Farid menyebut nama perempuan itu. Bagaikan dapat merasakan ada 'sesuatu' yang bakal diketahuinya. Sama ada buruk atau baik.

"Apa kena mengena Suzy dalam hidup kau?" Nada suaranya yang tertahan-tahan cuba dibiasakan. Sebut pasal Suzy Anna, pasti dirinya berasa serabut.

"Bila kau tinggalkan dia, dia sangat kena mengena dalam hidup aku." Farid bertindak jujur. Tetapi langsung Adam Zaffri tidak kisah. Wajahnya tetap biasa-biasa.

"Tapi kalau kau busy dengan dia, itu bukan tiket untuk kau lari dari tanggungjawab kau di Seri Mahkota." Peduli apa Zaffri jika Farid busy sekalipun? Kerja is kerja!

"Habis tu kau? Tak lari dari tanggungjawab kau?" Farid bangun. Berdiri di hadapan Adam Zaffri.

"Apa kau mengarut ni?" Kening Zaffri berkerut. Tidak faham maksud disebalik kata-kata Farid.

Farid mencebik. Aku mengarut?

"Tentang Suzy aku tak pernah mengarut. Lelaki tak guna macam kau ni Zaff better tak payah hidup. Bajet baik nak tegur aku soal tanggungjawab, tapi diri sendiri tu yang tak bertanggungjawab kau pejamkan mata." Ejek Farid.

Kolar baju kemeja Farid ditariknya. Hampir sahaja segenggam jarinya dilepaskan di muka Farid.

"Asal? Kau nak tumbuk aku? Kau nak lenyek aku Zaff? Go on! Aku tak halang! Tapi ia takkan mengubah hidup Suzy bila dia mengandungkan anak kau!"

Hayunan tangannya terhenti. Cengkaman di kolar kemeja Farid terlepas. Adam Zaffri terpaku. Bibirnya beku tanpa kata.

Takkan henti, Mencintaimu. (ON HOLD)Where stories live. Discover now