BAB 2

11K 296 2
                                    

     Tak sempat pulang ke banglo milik keluarganya, ke Hospital pula keretanya menuju.Tubuh kecil gadis yang terbaring di tempat duduk belakang Range Rovernya dikerling sekejap.Nyaris sahaja budak perempuan ini dilanggarnya, dahlah tengah laju!
"Anak siapa ni? Berjalan kat tengah jalan macam orang mabuk.Dahlah tengah tengah panas pakai baju kurung. Tak panas ke?" Bebelnya sendiri. Jam tangan Casio dikerling. Pukul 2 petang.
Sampai sahaja di perkarangan hospital, Adam Zaffri memusingkan lagi kepalanya ke belakang.Wajah lemah dan layu gadis itu direnung lagi.Dia memandang hadapan semula dan meraup wajahnya.
"Haihhhh, betul-betul menyusahkan aku lah dia ni." Lantas pintu kereta dibuka.Tak pernah tak ramai, Hospital Shah Alam ni.Tak tahan dengan cahaya matahari yang menyimbah wajahnya, lantas rayban hitam dipakai.Menyesal pula pakai baju hitam harini.
Tak mahu membuang masa, pintu belakang kereta dibuka.Tidak tahu apa yang perlu dilakukan saat matanya menyapa susuk tubuh gadis dihadapannya.Adam Zaffri masuk dan duduk tidak jauh dari gadis tersebut.Cermin mata wanita itu yang sudah senget, dibuka. Nah, terpegun juga dibuatnya saat melihat wajah gadis itu tanpa cermin mata.Asyik pula dia melihat keindahan di depan mata sehingga lupa akan niatnya.
Bahunya terasa ditepuk.Sedikit terkejut Adam Zaffri dibuatnya.Lantas dia memusingkan kepalanya melihatkan gerangan yang mengganggu.
"Maaf, Encik.. eh, Zaff?" Pemuda yang berkemeja biru itu terkejut melihatnya.
Adam Zaffri juga tidak kurang terkejutnya.
"Johan?" Soalnya meminta kepastian.
Johan mengangguk dan tersenyum lebar.
"Akulah Johan Ashraff,kawan merangkap bakal adik ipar kau!" Ujarnya riang.Tidak menyangka dia akan bertemu dengan Adam Zaffri.
Dahi Adam Zaffri berkerut.
"Adik ipar? Means?" Soalnya tidak faham.Johan masih lagi dengan senyumannya.
"Panjang ceritanya.Tak,kau ni.Bila kau balik? Uncle Zainal tak inform apa-apa pun kat aku?" Soal Johan pula.Terkejut dia ketika mahu pergi ke keretanya, dia melihat kereta Range Rover yang amatlah dikenalinya di perkarangan Hospital. Tepat tekaannya, Adam Zaffri sudah pulang!
"Dah seminggu. Tapi aku duduk kat kondo aku dekat Kelana Jaya. Tu yang mama dan papa tak tahu. Senyap-senyap je ni aku balik.Ingat harini aku nak ke sana.."
"Dahtu? Afsal kau ke sini? Hospital ni.Kau sakit ke Zaff?" Banyak pula soalan si Doktor Johan ni.
Adam Zaffri menggeleng.
"Bukan aku."
"Then?"
Adam Zaffri yang dari tadi menghalang pandangan Johan ke dalam kereta,mula bergerak ke kiri sedikit.
"Ni,awek ni." Ujarnya.Johan mula menghampiri gadis yang pengsan itu.
"Eh,cik Azura?" Soalnya terkejut.
"Kau kenal?" Adam Zaffri pelik.
"Dia ni anak pesakit aku.Camne kau boleh jumpa dia? Ni sampai pengsan-pengsan ni, apa cerita?" Sibuk Johan bertanyakan itu ini.Wajahnya pula, jelas kerisauan.
"Aku taktahulah, masa aku on the way ke rumah mama aku,dia ni jalan macam orang mabuk, lepastu pengsan cun cun depan kereta aku,nasib baik aku sempat brake.Taktahu nak bawak pergi mana, kebetulan,hospital depan tu je, tu yang aku rushing ke sini.Ingat nak tolong cik adik ni apa yang patut." Cerita Adam Zaffri.
Johan hanya mendengar.
"Tak ada apalah dia ni, mungkin dia tertekan.Mak dia menghidap kanser hati.Tu yang shocked sikit."
"Serious?" Gadis tersebut dipandang sekilas.Johan mengangguk.
"Marilah aku tolong kau bawak dia ke dalam, sekejap aku panggilkan staff." Johan masuk semula ke dalam Hospital.Adam Zaffri menyandar di tepi kereta.Menunggu bantuan dari kakitangan hospital.
"Azura.." Tidak sedar, bibirnya menyebut nama gadis itu.

Takkan henti, Mencintaimu. (ON HOLD)Where stories live. Discover now