" But mama- "

" Evin. Mama cakap apa? " Aria bercekak pinggang. Kata Puan Dhiya, jangan dimanjakan sangat anak sulung ini. Kena tegas sikit. Bila besar nanti boleh lah dia jadi tegas.

" Speak malay. " Elvin menunduk. Memang sejak Elvin boleh bertutur, Aria menerapkan Elvin untuk bertutur dalam bahasa melayu. Tapi itulah, pengaruh Daniel dengan Luna lagi kuat daripadanya.

" Then? "

" Yela mama. Evin speak malay okey? " Aria mencerlung tajam. Elvin tersengih sebelum menghadiahkan kucupan di pipi Aria. Cuba memikat hati mamanya.

" Elvin, lain kali jangan lari lari okey? Bahaya sayang. " Aria mengusap kepala Elvin. Memang wajah Elvin dan Efzan saling tak tumpah. Tapi perangai pula ikut dirinya. Kombinasi yang sesuai!

" Okey mama. Evin promise Evin tak buat dah okey? "

" Jom Evin. Kita pergi makan nak? "

" Let's go mama! " Aria geleng kepala. Yang dikatakan tidaknya dibuat. Nasiblah sayang.

.........

Aria mengaktifkan kembali akaun instagramnya. Bukan yang lama tetapi baru. Dia tidak mahu menggunakan namanya sebagai username tetapi menggunakan nama Elvin. Akaunnya juga diprivatekan. Dia tidak mahu orang di luar sana mengenalinya sebagai Ari Strychnine.

EfElv

EfElv
Morning!

" Mama post apa tu? " Elvin memanjat meja makan supaya dapat melihat apa yang di postkan oleh ibunya. Budak ini memang cepat tangkap. Tengok la, dalam usia 4 tahun Elvin boleh bertutur dalam 4 bahasa iaitu bahasa Melayu, English, latin dan Italy.

" Mama post gambar sayang. " Aria mengangkat Elvin lalu diribakan di atas pahanya. Memang Aria tak pernah post gambar mengenai Elvin kerana dia tidak mahu ramai yang tahu. Apatah media sosial cepat saja memviral apa apa yang menarik. Aria tidak mahu Elvin menjadi tumpuan orang ramai.

Hari ini Aria dan Elvin akan bergerak ke Malaysia untuk melihat cawangan hotelnya di sana. Elv Hotel yang sememangnya bertemakan Fairy Tail. Unik bukan? Selain itu, BTS juga bakal mengadakan concert di Malaysia. Aria sudah menempah 2 tiket vvip untuk concert itu. Rindu dengan abang-abangnya.

" Elvin, malam nanti kita pergi Malaysia okey? Pergi ambil beg then kasi mama. Mama nak pack baju Elvin. Nanti boleh main dengan tokma dengan tokpa. Nak tak? "

" Wait mama wait! "

" Elvin! Mama cakap apa? " Nada Aria dibuat  garang. Suka sangat budak ini speaking dengannya. Aria tidak mahu orang ingat anaknya lupakan asal usul walaupun Elvin lahir di Italy. Tapi nak buat macam mana. Cuma Aria saja yang berbahasa melayu di Italy.

" Speak malay! But I don't want! Run! " Aria mengeleng. Elvin, Elvin. Suka buat mama sejuk hati.

Luna dan Daniel menghantarnya di airport. Lagipun dia pergi kejap saja. Dalam 2 minggu macam itu. Nanti balik sini balik. Kerja dia pun masih berlambak. Tak mahulah ambil cuti panjang-panjang.

" Elvin, listen to your mama okey Bambino? " Daniel mengusap lembut kepala Elvin.

" Zio! Elvin non è un bambino! ( Uncle! Elvin bukan bayi lagilah!) " Marah benar Elvin bila orang memanggil dia sebagai baby. Tak sedar diri yang dia tu masih bayi lagi even umur baru 4 tahun .

" Effa, take care okey? Make sure that you will return! " Luna mencubit lengan Aria. Alahai minah ni. Takut sangat Aria pergi lama-lama. Lagipun dia sudah ada suami apa. Buat apalah nak rindu Aria. Suami dia? Oh si Daniel ni la. Mereka berkahwin tahun lepas. Jodoh-jodoh. Aria bila?

Musuh Jadi Partner In Crime?  [ ✔ ]Where stories live. Discover now