Page 18

717 31 2
                                    

 Keesokan hari, sekali lagi Cikgu Ogy memberi ucapan senja di perhimpunan. Kali ini dia tidak berucap di atas bumbung tetapi di atas pokok pula. Kena gigit kerengga baru tahu.

"Selamat senja hantu-hantu semua. Kempen Seram 1 Bangsar yang dilancarkan pada minggu lepas masih belum dapat menjadikan kamu hantu yang menakutkan. Dari penilaian yang dilakukan semalam, semuanya gagal. Ada yang bersilat, ada yang tidak tahu beza sergah dengan agah, ada yang bersolek macam badut, ada yang mengilai bunyinya macam keldai dan macam-macam lagi." Cikgu Ogy memberikan sedikit laporan ringkas apa yang berlaku semalam.

 Mendengar komen dari pengetua, para hantu mula tertunduk malu. Ada juga yang tersenyum dan tidak kurang juga ada yang saling ejek-mengejek kesalahan rakan-rakan mereka.

Cikgu Ogy menyambung lagi, "Memandangkan kamu semua tidak tahu bagaimana cara untuk menjadi hantu yang seram dan menakutkan. Saya arahkan pergilah menuntut ilmu dengan hantu-hantu yang berada di kawasan pendalaman. Kerana hantu-hantu di sana masih ditakuti dan pakar dalam ilmu menakutkan manusia. Saya beri tempoh satu minggu. Bila pulang nanti pastikan yang kamu semua sudah menjadi hantu yang menakutkan. Boleh?"

"Boleh!" Sahut para hantu tanpa sedikit pun bantahan. Bagus betul hantu di Sekolah Seram Bangsar ini. Patuh dengan arahan guru dan bersemangat dalam menuntu ilmu.

Maka bermulah misi terbaru hantu-hantu di Sekolah Seram Bangsar menuju ke kawasan pendalam untuk menuntut ilmu. Toyol mencari toyol, pontianak mencari pontianak, pocong mencari pocong. Masing-masing berpecah mencari mentor dengan satu tujuan. Iaitu menjadi hantu yang paling menakutkan. Tunjuk ajar ku sifu!

आप प्रकाशित भागों के अंत तक पहुँच चुके हैं।

⏰ पिछला अद्यतन: Mar 17, 2018 ⏰

नए भागों की सूचना पाने के लिए इस कहानी को अपनी लाइब्रेरी में जोड़ें!

(Preview) Hantu Mahu Popular.जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें