page 2

1.1K 28 2
                                    

"Wah... wah... wah! Memang terbaiklah awak punya perangai. Memang betul-betul macam syaitan! Awak fikir saya ini kuda ya?" Popcong mula sedar yang dirinya dipergunakan. Menyesal berhenti tadi, terasa betul-betul macam teksi! 

                "Alah... kenapa dengan kawan baik sendiri pun mahu berkira? Cepatlah... nanti lewat sampai ke sekolah. Let's go baby, yehaa..." Boyol seakan tidak menghiraukan rasa marah kawannya itu, kini menepuk belakang badan Popchong ala-ala menepuk badan kuda. Hish... sungguh kurang asam boi punya toyol!

                 Popchong akhirnya mengalah, walaupun jika ikutkan hati... terasa mahu diluku-luku kepala kawannya yang botak itu. Tetapi apakan daya, tangan dan kaki sudah berbungkus. Sabar sahajalah!

                Tiba-tiba kedengaran suara mengilai dari belakang. Kemudian kelihatan dua ekor hantu sedang terbang melintasi Popcong dan Boyol. Mereka adalah Pontiana dan Pontiani, si pontianak kembar yang menjadi kegilaan para hantu ataupun lebih dikenali sebagai The Wannaponti! Nampaknya ini hantu versi The Wannababes.

(Preview) Hantu Mahu Popular.Where stories live. Discover now