Page 9

555 19 0
                                    

"Selamat malam semua. Saya Encik Baha Ulu, pegawai dari pejabat pendidikan hantu. Boleh kamu semua perkenalkan diri dan nyatakan sekali apakah kemahiran kamu semua." Encik Baha ulu memberi arahan kepada hantu-hantu yang berada di dalam kelas tersebut.

"Hai nama saya Boyol. Saya mahir dalam menyelesaikan masalah."

"Mesti awak mahir menyelesaikan masalah kewangan dengan mengambil wang dari manusia. Hahaha... saya sudah agak. Tugas toyol memang licik." Encik Baha Ulu seakan dapat mengagak. Dia tersenyum bangga.

"Salah salah salah!" Boyol menggeleng kepala berulang kali gaya watak Ipin. Dia kemudian menyambung lagi, "mana boleh ambil duit orang lain tanpa kebenaran. Itu sudah mencuri namanya. Tidak baik mencuri. Biar muka buruk tetapi jangan buruk perangai. Saya sebenarnya mahir dalam menyelesaikan masalah matematik. Cakap sahaja, apa masalahnya. Satu tambah satu? dua darap dua? tiga bahagi tiga? Semuanya saya boleh selesaikan." Boyol terangguk-angguk bangga. Konon hebat sangatlah.

Encik Baha Ulu terngaga seakan tidak percaya mendengar jawapan dari Boyol itu tadi. Siap kena nasihat lagi. Namun dia segera tersedar dan terus meneruskan sesi penilaiannya pada hantu yang lain pula. "Hah! Awak si hantu pocong. Pasti kemahiran awak boleh bergolek di atas jalan raya sehingga menyebabkan semua pemandu terkejut lalu terbabas. Betul bukan?"

(Preview) Hantu Mahu Popular.Where stories live. Discover now