Bab 1- Sekolah Hantu

1.9K 54 2
                                    

Waktu senja muncul lagi... menandakan malam semakin menghampiri. Kaki langit yang membiru kini bertukar jingga. Keadaan yang tadinya cerah perlahan-lahan menjadi gelap gelita.

              Pada ketika kegelapan malam baru menjelma, kelihatan susuk tubuh kecil makhluk yang berwarna hijau. Berlari umpama pelajar tadika yang sedang menyertai acara sukaneka. Siapa lagi jika bukan si Boyol. Si kecil itu mahu ke mana agaknya? 

              "Popcong, tunggu saya!" Boyol menjerit sambil melambai ke arah rakannya, si hantu pocong yang berada tidak jauh di hadapan sana.

               Popcong yang sedang melompat seperti peserta acara lari dalam guni, cepat-cepat berhenti. Tergeleng kepala melihat Boyol terkedek-kedek berlari ke arahnya. Maklumlah kaki pendek, kasihan... kasihan! 

               "Lambatnya lari... saya yang melompat ini pun lagi laju bergerak daripada awak. Ingat, kita kena sampai sebelum loceng sekolah berbunyi. Jika tidak, tentu kena denda nanti." Popcong yang menunggu segera memberi peringatan. Wah... hantu pun pergi sekolah?

                "Apa boleh buat, saya memang jenis lari lambat. Itu sebablah saya panggil awak. Sudahlah... kita jangan sembang lama-lama, nanti makin lewat dibuatnya. Mari pergi sekarang..." Boyol tanpa berlengah terus melompat dan memaut belakang Popcong. Rupa-rupanya dia mahu menumpang hantu itu untuk pergi ke sekolah. Bijak-bijak!

(Preview) Hantu Mahu Popular.Where stories live. Discover now