Page 15

426 20 3
                                    


 "Hmm... sudahlah. Sekarang tunjukkan pada saya, apa yang telah awak perlajari dari filem tersebut." Cikgu Ogy segera memberi arahan. Makin dilayan takut semakin pening jadinya.

"Baiklah. Kami mula ya? Hiagh! Hiagh! Wacha!" Boyol tiba-tiba terus membuat aksi orang sedang bertarung. Menurun atau sawan, hantu yang seekor ini?

"Cis! Hiagh! Hiagh! Aku bunuh kau! Aku pijak kau! " Popcong pula melompat-lompat dengan ganas sekali seolah sedang memijak pihak lawan.

"Hei Hei! Apa yang kamu berdua buat ini? Gilakah?" Cikgu Ogy bertanya buatkan aksi dua pelajarnya itu serta-merta terhenti. Masing-masing melopong seolah tidak faham.

"Kami sedang tiru aksi di dalam filem itulah, cikgu." Popcong menerangkan kepada Cikgu Ogy yang terpinga-pinga kehairanan.

"Lain macam sahaja gayanya. Betulkah yang kamu berdua tonton itu filem hantu?" Cikgu Ogy mula musykil.

"Eh, betullah. Takkanlah kami mahu tipu pula. Tajuk filem itu, Hang Tuah." Boyol berkata tanpa rasa bersalah.

"Wah! Wajah suci murni kamu berdua bak sesuci embun pagi buatkan cikgu percaya. Percaya yang kamu berdua memang bangang! Hang Tuah itu pahlawan bukannya hantu!" Cikgu Ogy memberi penerangan sambil menyekak pinggang. Boleh naik kadar gula dalam darah dibuatnya.


 "Saya ingatkan mereka salah eja tajuk filem tu. Patutlah dari awal sampai akhir asyik bertarung sahaja." Boyol menggaru kepalanya yang botak.

 "Tetapi dalam filem itu, ada babak yang manusia bertempiaran melarikan diri. Maknanya mereka takutlah. Sebab itulah kami tiru aksi babak tersebut." Popcong cuba mempertahankan tindakan mereka itu.

"Itu babak orang mengamuk, sebab itulah mereka lari. Kalau saya mengamuk, kamu berdua pun akan lari. Sudahlah! Buang masa betul layan kamu dua ekor ini." Cikgu Ogy terus meninggalkan dua hantu tersebut. Dia mahu mencari hantu yang lain pula.

(Preview) Hantu Mahu Popular.Where stories live. Discover now