Page 7

618 19 1
                                    

Cikgu Hamnah pula bergerak menuju ke arah barisan para hantu untuk acara perhimpunan pagi. "Hei! Kamu semua ini tidak tahu berbaris ya? Berapa kali saya mahu ajar? Buat barisan lurus, bukannya senget-benget seperti ular anakonda kena palu! Cuba lihat barisan di bahagian kumpulan ini, lurus sahaja. Beginilah yang saya mahukan... walaupun hantu tetapi tetap berdisiplin." Cikgu Hamnah memuji barisan hantu cina yang lurus. Tidak seperti barisan hantu-hantu yang lain. Maklumlah, hantu cina tangannya sentiasa ke hadapan... jadi mudahlah kumpulan itu mahu meluruskan barisan. Setelah dijerkah dan ditegur, kini barulah barisan setiap hantu lurus dan sekata.

             "Bagus, sekarang seperti biasa... kita mulakan perhimpunan ini dengan nyanyian lagu sekolah. Bersedia semua, satu... dua... tiga... mula!" Cikgu Hamnah segera memberi arahan. Maka serentak para hantu bersama-sama menyanyikan lagu Sekolah Seram Bangsar dengan penuh bersemangat waja. Iramanya sama seperti lagu Sekolah Sri Bangsar, cuma liriknya sahaja yang berbeza.

                     Kami pelajar Sekolah Seram Bangsar Kami berikrar, 

                     Suka hati mengilai hari-hari, Kuku panjang sekaki, 

                     Usaha terus usaha, Jasa guru jangan dilupa, 

                      Kami hantu-hantu, Teguh jati diri, Tidak gosok gigi.


 Itulah acara perhimpunan hantu-hantu di dalam dewan Sekolah Seram Bangsar. 

(Preview) Hantu Mahu Popular.Where stories live. Discover now