Page 13- Bab 3- Misi seram

480 24 0
                                    

 Keesokan malamnya sewaktu perhimpunan senja, Cikgu Ogy naik ke atas bumbung sekolah untuk memberi ucapan. Mak ai! Tingginya. Kalau jatuh boleh patah pinggang.

"Selamat senja hantu-hantu semua. Semalam sekolah kita telah dilawati oleh pegawai dari Pejabat Pendidikan Hantu Daerah. Tujuaannya adalah untuk menilai tahap keseraman hantu di Sekolah Seram Bangsar dan keputusannya sangatlah menyedihkan. Katanya kamu semua tidak seram langsung! Oleh itu dia telah memberi amaran supaya kamu semua harus menjadi hantu yang menakutkan. Jika tidak, sekolah ini akan ditutup."

"Apa? Ditutup? OMG! Oh my ghost!" Kata-kata Cikgu Ogy benar-benar memeranjatkan para hantu. Suasana menjadi riuh rendah seketika.

"DIAM!" Jerit Cikgu Hamnah dengan suara yang sangat kuat seperti bunyi guruh di langit. Serta merta kawasan perhimpunan menjadi sunyi sepi.

 "Saya tahu, kamu semua tidak mahu sekolah ini ditutup. Oleh itu, pihak sekolah akan melancarkan kempen Seram 1 Bangsar. Sepanjang kempen ini, kesemua warga Sekolah Seram Bangsar hendaklah belajar bagaimana untuk menonjolkan keseraman diri dan seterusnya menakutkan manusia. Minggu hadapan saya mahu pastikan yang kamu semua sudah pandai menakutkan manusia. Boleh?" Soal Cikgu Ogy dengan seribu harapan.

"Boleh!" Sahut kesemua hantu di Sekolah Seram Bangsar dengan penuh bersemangat.

"Bagus. Dengan ini saya melancarkan kempen Seram 1 Bangsar." Sebaik berakhirnya ucapan pengetua itu, maka bermulah misi setiap hantu untuk menjadi seram. Namun adakah kempen itu membuahkan hasil?

(Preview) Hantu Mahu Popular.Where stories live. Discover now