Page 17

423 20 3
                                    

 "Adik awak bukan menangis ketakutan tetapi menangis sebab meragam. Mungkin lapar atau mahu tukar lampinnya ditukar." Cikgu Ogy yang sudah arif tentang ragam kanak-kanak seakan dapat mengangak.

 Cikgu Ogy kemudiannya membantu mengutip tulang-tulang Tengkurok yang bertaburan di atas lantai dan kemudian menyantumkan satu persatu sehingga lengkap satu badan.

"Haa... siap pun. Rasa seperti bermain lego pula. Okeylah, cikgu pergi dahulu ya." Cikgu Ogy tersenyum puas apabila berjaya menyantum semua tulang Tengkurock. Dia kemudian meninggalkan muridnya menuju ke pejabat.

"Terima kasih cikgu. Eh, kenapa saya berjalan seperti orang mabuk sahaja?" Tengkurock mula kehairanan apabila tidak dapat mengimbangkan badannya dengan betul. Setelah diperiksa, rupanya Cikgu Ogy sudah salah pasang. Bahagian tangan jadi kaki, bahagian kaki jadi tangan. "CIKGU!!!" Hantu itu menjerit.

"Hahaha..." Kedengaran sayup-sayup suara ketawa Cikgu Ogy. Rupanya guru itu memang sengaja mahu kenakan muridnya itu. Jadi pengetua sekolah hantu, perangai pun kadang-kadang macam hantu.

(Preview) Hantu Mahu Popular.Where stories live. Discover now