Page 14

446 18 0
                                    

 Seminggu berlalu, kini tiba masanya untuk Cikgu Ogy melihat perkembangan kempen Seram 1 Bangsar yang telah dilancarkan itu. Adakah hantu-hantu di Sekolah Seram Bangsar boleh menjadi seram atau sebaliknya.

"Baiklah Boyol dan Popcong. Kamu sudah belajar cara untuk menjadi hantu yang menyeramkan?" Cikgu Ogy bertanya kepada hantu dua sekawan itu.

"Sudah, cikgu. Kami berdua belajar melalui filem hantu." Ujar Boyol sambil tersenyum yakin.

"Hah, bijak... bijak. Kamu tonton filem hantu luar negeri atau tempatan?" Cikgu Ogy memberi pujian. Dia turut tersenyum bangga. Tidak sangka hantu Seram Bangsar pandai cari bahan rujukan.

"Kami tonton filem hantu tempatan sahaja. Kalau luar negara nanti takut tidak faham. Lagi pun kita kenalah sokong produk tempatan. Jika bukan kita, siapa lagi yang mahu sokong?" Popcong berkata bagaikan penggiat seni tempatan. Tidak sangka hantu pun peka dengan masalah industri seni di Malaysia yang kurang mendapat tempat di hati rakyat.

"Bagus, bagus! Cikgu bangga dengan semangat kenegaraan kamu. Di mana kamu beli DVD filem itu?" Soal Cikgu Ogy.

"Mana ada beli, cikgu. Kami muat turun secara haram di internet. Percuma sahaja!" Popcong dan Boyol tersengih. Rasanya mereka tidak faham konsep sokong produk tempatan. Jika muat turun secara haram bukan sokonglah namanya. Aduhai.

(Preview) Hantu Mahu Popular.Where stories live. Discover now