Epilogue

2.9K 247 21
                                    

Enjoy ")

♡♥♡♥♡♥
Rakook
♥♡♥♡♥♡

Empat tahun sudah berlalu , namun aku masih berdiri di sini. Berdiri bersama suami dan teman hidup aku. Jeon Jungkook. Selepas dia mendapat rawatan di Hospital Jejang. Dia kembali pulih seperti biasa.

Selepas seminggu dia dikeluarkan daripada hospital itu. Hubungan kami kembali pulih , ada juga dia bertanya tentang bekas isterinya atas dasar ingin tahu. Setelah aku menceritakan segalanya , barulah dia faham.

Patutlah Yoongi sering memaksanya untuk mendapatkan Hyemin. Niat Yoongi hanyalah ingin melihat Hyemin jatuh dengan ketiadaan Taehyung kerana dia tahu. Hyemin lebih ikhlas mencintai Taehyung daripada Jungkook.

Berbalik kepada cerita. Aku dan Jungkook kini telah dikurniakan lagi seorang anak. Bak kata Jungkook penyeri hidup kami sekeluarga. Dengan adanya Eunjung dan Jeongsan , hidup aku dan Jungkook semakin baik hari demi hari.

Akhirnya impian aku untuk mempunyai keluarga yang baik tercapai juga. Kini Eomma Jeon dan Papa Jeon juga kelihatan gembira melihat kebahagiaan anaknya yang dahulu agak punah. Kini kembali ceria.

Mereka juga gembira kerana dikurniakan dua orang cucu daripada anak tunggal mereka. Dengan serta - merta warisan Jeongsan Holdings akan jatuh kepada Jeon Jeongsan dan Jeon Eunjung.

Aku selalu berharap bahawa anak - anak aku tidak berebut kekayaan sehingga sanggup mengkhianati darah daging sendiri. Contohnya seperti Min Yoongi. Aku tak mahu melihat peperangan berlaku hanya kerana harta. Bagi aku biarlah hubungan kekeluargaan diberi lebih perhatian daripada harta.

" Jauhnya termenung sayang " Kaget aku saat Jungkook melingkarkan tangannya di sekeliling pinggang milikku. Hampir terjerit aku mendengar bisikannya di telinga kananku.

Datang dah perangai gatal dia.

" Saya teringat tentang kisah lama. Cukup memberi kesan untuk dijadikan iktibar untuk kita sekarang " Aku memusingkan tubuhku menghadap Jungkook lalu memeluknya dengan erat. Selesa dan hangat.

" Tapi awak perasaan sesuatu tak ? " Soal Jungkook. Segera aku menggelengkan kepala aku.

" Ketabahan , kesabaran dan kebangkitan seorang perempuan lebih hebat daripada lelaki. Sebagai contoh awak dan Hyemin. Walaupun pada mulanya awak salah , tapi awak boleh sedar kesalahan awak hanya dengan mengandungkan anak saya. Kalau perempuan lain , mungkin dia dah gugurkan selepas dibuang " Terang Jungkook panjang lebar. Ingin menangis aku mendengar ucapannya yang ikhlas.

Aku terasa seperti dihargai olehnya. Aku merasa bahagia , amat bahagia.

" Terima kasih sayang , sebab sanggup tunggu saya walaupun saya tak pernah hargai awak masatu. Lepas ni , saya janji saya akan jaga awak dan anak - anak kita. Perhatian saya sepenuhnya hanya pada awak , Eunjung dan Jeongsan " Selepas berkata begitu. Jungkook mencium lembut ubun - ubun isterinya. Kepala isterinya yang diletakkan di dadanya diusap lembut.

Pandangan mereka jauh memandang permandangan di luar rumah mereka. Oleh kerana rumah itu berhadapan dengan permandangan bandaraya Seoul. Mereka dapat menenangkan fikiran mereka di anjung.

" Sayang sejuklah , masuk jom " Ajakku lembut. Jungkook memandang wajah aku kemudian mengangguk. Kami sama - sama melangkah masuk ke dalam kamar.

♥♡♥♡

" Nak peluk " Pinta Jungkook kepada isterinya. Sarah yang mendengar hanya mampu menggelengkan kepalanya. Bukan dia tidak tahu dengan sikap manja suaminya ini. Tak dapat dibendung lagi.

" Peluk bantal la Jungkook. Anak - anak dah tidur ?" Sengaja Sarah menukar topik. Tak mahu melayan kerenah suaminya yang manja itu.

" Dah , tadi Jeongsan bising nak tidur sama. Nasib Eunjung tarik dia masuk bilik. Eunjung kata jangan ganggu Mama dengan Papa hm. Anak dah bagi peluang tu. Takkan awak nak sia - siakan ? " Sengihan nakal mula terbentuk di bibir lelaki itu. Seakan faham dengan maksud suaminya. Sarah membaringkan tubuhnya di atas katil.

[2017]ObsessionWhere stories live. Discover now