Teaser for ending

1.9K 225 39
                                    

╰╮╰╮╰╮╰╮╰╮

" Ini anak dia , dan kalau dia tak nak saya pun. Dia kena bertanggungjawab dengan budak ni " Airmata gadis muda itu gugur akhirnya.

Setelah dia dihalau oleh lelaki itu, kehidupannya kian musnah. Dia dibuang daripada Jeongsan Trading dan kini hidupnya hanya sebatang- kara.

" Biar saya yang bertanggungjawab dengan anak ni " Ujar lelaki itu , tiada ragu - ragu lagi. Kalau tidak kerana dia yang mengajar Jeon Jungkook bermain sebegini , perempuan ini tidak akan mengandung.

" Yunhyeong-ah "

" Aku akan tetap tunggu Jungkook keluar daripada hospital gila tu. Sebab anak ni , anak dia "

●●●

" Apa lagi yang saya perlu tahu Hyemin ?! Bagitahu saya ! " Taehyung jatuh terduduk di atas katil.

Dia terkesima apabila Yoongi menceritakan kepadanya bahawa Hyemin bukanlah isteri sebenarnya dan perkahwinannya dengan gadis itu hanyalah perkahwinan palsu yang dibuat oleh Hyemin untuk membutakan mata Taehyung.

" Selama ni , saya cuba berubah. Saya cuba untuk tak bersikap kejam dengan awak. Saya cuba untuk bahagiakan awak seperti mana yang awak nak. Tapi awak tipu saya mati-matian " Taehyung menangis dan meraung sepuasnya di hadapan Hyemin. Membuktikan kepada gadis itu bahawa cintanya bukan sekadar cinta biasa.

Hyemin menapak perlahan mendekati lelaki itu.

' Hanya kau yang boleh tenangkan dia '

Tangan Hyemin pula memegang kuat bahu lelaki itu.

' Taehyung tu gila ! Dia sakit ! dan kau ubat dia ! "

Rasa bersalahnya semakin menebal , dia sering bersangka buruk dengan lelaki ini. Dia sering memperdayakan lelaki ini , dia sering menipu lelaki ini.

Belakang tubuh Taehyung dipeluk erat olehnya. Airmatanya yang jatuh di atas bahu lelaki itu dibiarkan.

" Saya .. menyesal "

" Bagi menebus kesalahan saya , saya benarkan awak bunuh saya Tae.. "

●●●

" Pastinya Hyemin akan hidup sengsara selepas ni . Dan Minniest , sepenuhnya akan jadi hak milik aku " Dia tersenyum bangga. Bangga kerana apa yang dirancang sebelum ini jaya dengan lancarnya.

" Min , Min , adik yang bodoh "

●●●

Mungkin 2 atau 3 chapter lagi dan aku nak habiskan ff mengarut ni secepat mungkin.

[2017]ObsessionWhere stories live. Discover now