Percaya

2.2K 229 15
                                    

Suasana di meja makan kelihatan tegang seketika. Sama ada Taehyung dan Hyemin , mereka langsung tidak menunjukkan reaksi antara satu sama lain. Setelah puas melayan perasaan sendiri , akhirnya Hyemin mengangkat wajahnya.

" Maafkan saya , Tae "

Taehyung terus sahaja melempar sapu tangan yang baru sahaja dilap di permukaan mulutnya. Dia kemudiannya melangkah pergi tanpa menghiraukan apa yang dikatakan Hyemin. Baginya semua itu tidak penting , Hyemin tetap miliknya.

" Tae .. " Sayup-sayup suara Hyemin memanggil Taehyung yang sudah pun keluar dari ruang makan . Kepalanya diurut berkali - kali . Tidak mudah untuk berurusan dengan manusia yang tidak mendengar andaian orang lain.

Melihat lelaki itu berjalan ke tingkat atas , tahulah dia bahawa Taehyung ingin menuju ke balkoni. Selepas melihat kejadian di mana lelaki itu pengsan di balkoni tempoh hari , dan waktu yang sama dia terhidu bau asap rokok di situ. Dia ingin tahu tentang itu , apakah punca lelaki itu merokok dan membahayakan nyawanya sendiri sedangkan dia seorang doktor.

Langkah Hyemin semakin maju menuju ke arah Taehyung. Melihat Taehyung sedang memandang ke arah luar , dia mengambil peluang ini untuk memeluk lelaki itu daripada arah belakang.

Taehyung langsung tidak kaget dengan perbuatan Hyemin. Setelah apa yang dilakukan gadis itu semasa dia tidak menyedarkan diri , memang layak Hyemin memujuknya sedemikian.

Taehyung tersenyum sinis , dia menolak tangan Hyemin dari terus memeluknya. Mungkin mahu menguji perempuan itu agar lebih gigih ? Kesalahan yang gadis itu lakukan bukan mudah untuk dimaafkan. Fikir Taehyung.

" Tae , janganlah macam ni " Hyemin takut - takut untuk berhadapan dengan lelaki itu lagi. Dia hanya mampu memandang wajah bengis Taehyung daripada tepi , untuk berhadapan ? memang tidaklah.

' Taehyung , jujur kenapa hati ni tak kuat tengok awak jauhi saya macam ni '

Dia cuba untuk mengingati Jeon Jungkook. Namun gagal , bila bertemu Taehyung. Segala memorinya bersama suami dilupakan begitu sahaja.

' Kenapa kata hati sering berkata lain kepada orang yang berlainan ? Hati menyuruh aku lebih mempercayai lelaki ini , tetapi bila berhadapan dengan Jungkook. Hati sering menyuruh aku berkorban dengan cinta ? berkorban dan mempercayai kepada manusia yang sama , bukan berlainan '

●●●

" Good morning Jungkook " Sarah mengalungkan tangannya ke leher lelaki muda itu lalu mencium sekilas bibir miliknya. Jungkook yang sedang menikmati sarapannya hanya tersenyum sinis. Tahulah dia bahawa Sarah amat menyayanginya , seperti Hyemin.

" Jungkook , saya ada beritahu appa tentang hubungan kita " Sarah melabuhkan punggungnya ke atas kerusi. Dia menongkat dagunya sambil memandang lelaki kacak itu menikmati sarapannya.

" Appa cakap , dia nak kan kita lebih serius tentang hubungan ni memandangkan kita dah pun bersama " Jelas Sarah. Jungkook yang sedang makan tiba-tiba sahaja terkedu dengan kata-kata gadis itu.

" Kook ? Kook ? kenapa awak diam ? " Tangan Sarah berlegar - legar di hadapan mata Jungkook. Melihat tangan gadis itu bergerak-gerak di hadapan matanya , dia tersedar daripada lamunannya.

" Ah-nae , nanti saya fikirkan tarikh dia " Jungkook tersenyum kelat . Sarah yang sejak tadi memerhatikan lelaki itu mulai ragu. Seperti dia tidak mahu hubungan mereka diteruskan dengan serius.

" Jeon , are you don't want married me ? "

Malangnya , soalan itu hanya ditanya di dalam hatinya. Dia tidak mampu untuk bertanya lebih lanjut tentang keraguannya kepada Jungkook .

[2017]ObsessionWhere stories live. Discover now