Cinta atau Dusta ?

1.9K 230 31
                                    

" Taehyung .. " Hyemin melirik ke arah lelaki itu. Cawan yang berisi air kopi diletakkan di hadapan Taehyung. Melihat lelaki itu seperti tiada minat untuk merasa air buatannya , dia segera bangkit dari duduknya.

" Saya nak keluar sekejap " jelas Hyemin lalu memalingkan tubuhnya membelakangi Taehyung. Matanya sudah pun berkaca namun ditahan. Dia tak mahu kelihatan lemah di hadapan lelaki itu.

" Taehyung , awak dengar tak ? " Tersedu-sedan dia berkata. Taehyung yang sedang membaca akhbar di belakangnya hanya mengendahkan tingkahnya.

" Saya pergi dulu. " Hyemin menepis airmatanya menggunakan belakang tangannya lalu segera menapak meninggalkan Taehyung yang masih berdiam diri.

Melihat bayang kekasihnya kian hilang. Dia memandang ke arah cawan yang berisi air kopi buatan Hyemin. Senyuman diukir , dia kembali membaca akhbar dengan senyuman sinisnya.

●●●

" Duduk lama - lama pun menyakitkan hati aku. Kenapa wujud lagi manusia seperti dia dalam dunia ni " Bebel Hyemin sambil menyiapkan dirinya. Dia kini berdiri di hadapan cermin soleknya.

' Tak lama lagi , semua ni akan berakhir '

Hyemin mengambil tas tangannya yang terletak di atas katil lalu segera keluar dari kamarnya.

Baru sahaja dia ingin membuka pintu rumahnya , bayang Taehyung muncul di hadapannya.

" Tepi , saya nak keluar " Hyemin cuba menolak lelaki itu. Namun tak berganjak.

" Aku cuma nak kau ingat , majlis perkahwinan kita esok. Kau jangan macam - macam dengan aku "

Hyemin tersenyum sinis . Langsung tidak gentar dengan ugutan lelaki itu.

" Bakal suami yang sering menyakitkan hati bakal isteri sendiri ? huh ? "

Setelah mengungkapkan ayat itu , Hyemin pantas bergerak keluar daripada rumah itu. Tak tahan dengan perlakuan Taehyung terhadapnya , dia kini ingin cuba menyelesaikan urusannya.

Bersama Taehyung  dan bersama Jungkook.

●●●

Jungkook kini duduk di ruang tamu dan tidak lupa juga , ada juga seorang perempuan yang baring berbantalkan pehanya.

" Jungkook - ah , awak tahu tak . Saya rasa hari ini adalah hari terbaik saya. " Nami mengusap pipi kekasihnya itu.

Setelah mabuk di kelab semalam , Jungkook menarik gadis itu untuk bermalam di rumahnya memandangkan dia tiada peneman lagi setelah dia menghalau Sarah keluar dari rumahnya. Sikap buayanya tidak pernah berubah walaupun ditegah oleh Tuan Jeon.

" Kenapa boleh jadi hari terbaik awak ? " Soal Jungkook pula. Kini wajah Nami menjadi tatapannya. Langsung tiada rasa cinta. Yang dirasakannya hanya nafsu semata-mata.

" Sebab ... saya ada lelaki yang terbaik di sisi saya sekarang "

Mereka bergelak ketawa di ruang tamu tersebut. Sedikitpun Jungkook tidak teringat akan statusnya yang sudahpun berkahwin.

Ting Tong.

" Nami , tolong bukakan pintu. Saya penatlah "

" Arra , arra "

Segera Nami bangun dari pembaringannya , dia akhirnya membuka pintu rumah agam tersebut.

Jungkook yang sedang memandang ke kaca televisyen segera menoleh apabila namanya dipanggil sayu oleh tetamu yang tidak diundang ke rumahnya itu.

" Jungkook - ah "

" Sa..Sarah ? " Terbuntang mata lelaki itu tatkala melihat Sarah yang sedang berdiri di hadapannya. Tatapannya tiba-tiba jatuh ke perut kempis perempuan itu , tahulah dia bahawa Sarah sedang mengandungkan anaknya ketika itu.

[2017]ObsessionWhere stories live. Discover now