" Aku pergi "

1.6K 200 24
                                    

Taehyung duduk di halaman rumahnya. Berhiaskan tumbuhan hijau yang menenangkan bersama kecantikan awan dipetang hari sedikit sebanyak menenangkan sebuah jiwa yang telah kusut.

Airmatanya jatuh , dia teringat akan kata - kata Hyemin semasa mereka di London.

Hyemin sering berkata bahawa dia tak akan meninggalkan lelaki itu walau apa jua keadaan , melainkan dia ditinggalkan.

" Yun - ah , maafkan aku "

" Taehyung - ah , awak nak minum ? mesti awak penat bekerja kan ? " Soal Yun sambil membuka tali leher suaminya yang baru pulang dari pejabatnya. Melihat wajah lelaki itu kelihatan muram tahulah dia bahawa Taehyung dalam keadaan letih.

" Tak perlu buat ini semua untuk aku. Aku ada tangan aku tahu nak buat sendiri " Taehyung menolak perlahan badan isterinya. Walaupun dia tahu bahawa niat isterinya baik.

" Tae , sampai bila awak nak dingin dengan saya?" Soal Yun saat Taehyung melangkah meninggalkannya.

" Kau yang setuju untuk semua ni , dan Appa kau yang berkeras untuk satukan kita. Aku boleh buat apa ? " Dingin sahaja suaranya menjawab soalan Yun.

" Taehyung , awak memang tak kan pernah cuba cintai saya ? " Yun berjalan ke arah suaminya , lalu dia berdiri dihadapan Taehyung. Wajah dingin suaminya dipegang.

" Walau sekali ? " Soal Yun lagi.

" Aku tak pernah tinggalkan kekasih aku dan aku masih bersama dengan dia , kau paham ? ikatan kita hanya atas kertas "

Airmatanya mengalir laju saat dia terkenangkan sikap dinginnya melayan Jeon Yun dahulu. Padahal wanita itu menyayanginya dengan sepenuh hatinya. Sehingga dia sanggup menyuruh Taehyung bersama Hyemin jika itu membuatkan mereka bertambah baik.

" Taehyung - ah , kalau awak sayangkan dia. Saya izinkan awak bersama dengan dia seperti suami isteri lain. Asalkan saya masih isteri awak. Neomu Saranghae Taehyung - ssi. Berubah untuk saya Tae , pandang saya sebagai seorang isteri , walaupun sesaat "

Kakinya lemah dengan tiba - tiba. Akhirnya dia memilih untuk melutut di hadapan suaminya. Tangan suaminya dicapai.

"  Macam mana aku nak pandang kau sebagai seorang isteri , sedangkan aku langsung tak sayangkan kau. Cinta aku hanya untuk Min Hyemin , ingat tu ! tak perlu nak merayu lagi dekat aku " Taehyung menolak tangan Yun yang mengenggam erat pergelangan tangannya.

" Sebab aku tak akan cintakan kau. Titik "

Akhirnya dia melangkah menaiki anak tangga satu persatu , tangisan dan seduan isterinya diabaikan sahaja. Hatinya angkuh mengatakan bahawa dia hanya mencintai Min Hyemin , bukan wanita itu.

Airmatanya jatuh tanpa henti. Apabila kenangan pahit itu semakin lama semakin menghantui fikirannya. Satu persatu babak dimainkan secara perlahan di benak fikirannya.

Tangisan wanita itu ,

Ucapan wanita itu ,

Kata - kata cinta wanita itu.

Semakin menghantui dirinya.

" Aku pasti , ini adalah balasan. Atas apa yang aku lakukan kepada Yun. Ini semua karma buat aku "

●●●

Jungkook memandang sekelilingnya , buat pertama kali selepas dia sedar daripada koma. Dia menangis , entah apa yang merasuk fikiran lelaki gila itu , sehingga dia menangis teresak - esak.

" Ke...napa .. aku ... nangis "

Seperti ada sesuatu kejadian yang membuatkan dia merasa bersalah. Airmatanya terus - terusan jatuh ke pipi. Dia tak mampu , tapi dia juga buntu. Dia tak tahu apa yang difikirkan sehingga dia menangis.

[2017]ObsessionWhere stories live. Discover now