Bahagia vs Derita

1.8K 217 25
                                    

Langkah ku atur perlahan ke kamar milik aku yang berhadapan dengan kamar Taehyung. Sedang aku membuka dedaun pintu kamar tersebut , ada satu tangan yang turut memegang tombol pintu itu.

Clichè. mestilah Taehyung orangnya.

Aku memandang lelaki ini dengan bersahaja. Seperti tiada apa - apa perasaan. Dia turut memandang aku. Agak lama juga kami bermain mata sehinggalah Dokyeom yang tidak sengaja mengeluarkan bunyi batuk di tingkat bawah menyedarkan kami berdua.

Tak sengaja ? aku tak rasa dia tak sengaja.

" Kenapa nak masuk bilik saya ? bilik awak kat sana kan ? " Aku menunjuk ke arah kamarnya yang berhadapan dengan kamar aku.

Krik . krik

Tanpa apa - apa reaksi , Taehyung memulas tombol bilik aku dan melangkah masuk tanpa mengucapkan sebarang kata - kata.

Sejujurnya , aku benci sikapnya yang terlalu menyakitkan hati sebegini.

" Okay. aku dah pun dipalau " Keluhku lalu turut melangkah masuk ke dalam bilik itu. Aku melihat Taehyung sedang menanggalkan jam tangannya berhadapan dengan meja solek milikku. Jaket yang dipakainya entah kemana dia campakkan.

Tanpa berkata apa - apa , aku melangkah ke hadapan almari lalu mencapai tuala yang tergantung kemas di dalam almari tersebut. Baru sahaja aku ingin melangkah menuju ke bilik mandi. Taehyung terlebih dahulu merampas tuala yang tersangkut di bahu aku.

Dan , dia , masuk , ke , bilik , air.

seorang diri.

Oh , sekarang barulah aku sedar.

Dia amat menyakitkan hati.

Tapi , kenapa aku rasa bahagia dengan dia yang sekarang ?

●●●

Berkali - kali aku cuba menelefon Hyemin. Namun satu pun tidak berjawab. Skrin telefon aku tatap dengan perasaan kosong.

Rasa bersalah ? mungkinlah.

Kalau tak kenapa aku sanggup menelefon dia sedangkan aku tahu dia tak akan menjawab panggilan ini.

Aku melampau sangat ke ?

Apa-apa sahajalah. Dia isteri aku , aku dah mengahwininya terlebih dahulu berbanding Taehyung dan dia milik aku.

Milik aku. Seorang

Dedaun pintu kamar terbuka perlahan. Bunyi derapan kaki semakin menghampiri aku yang berdiri di tepi anjung ini. Semakin dia menghampiri , semakin aku mendengar esakan tangisannya.

" Berhenti menangis. Kalau kau rasa kau nak tinggalkan aku. Aku sikit pun tak kisah. Kau tak bawa apa-apa untung untuk aku. Sedikitpun tak " Ucapku tanpa perasaan. Aku tahu siapa gerangan yang berada di belakang aku ini.

" Jadi , berapa ramai wanita di luar sana yang kau dah buang selepas kau guna huh ? "

Segera aku menoleh ke belakang. Ternyata sangkaanku salah belaka. Orang itu bukan Jung Nami seperti apa yang aku sangkakan. Rupanya Sarah. Salah seorang perempuan yang aku buang selepas digunakan.

Tetapi , tak salah jika aku nak membuangnya. Dia yang membuat helah terlebih dahulu untuk membolot semua harta aku. Jadi dia memang patut dilayak.

Tapi , kenapa dia terlihat seperti amat mencintai aku ?

Ah , kandungannya. Dia pasti mahukan aku kerana anak yang dikandungnya sekarang tiada bapa.

" Pasti kau sedang berfikir buruk tentang aku kan ? Pasti kau akan teringat yang aku perempuan yang hanya menginginkan seorang bapa kepada anak yang aku kandungkan . Kan ? " Airmatanya berguguran jatuh daripada kelopak matanya. Suaranya tenggelam timbul saat dia berbicara denganku. Adakah dia benar - benar sedih ?

" Kalau dah tahu , kenapa kau sanggup menunggu lagi di situ ? Aku tak rasa kau terlalu bodoh kan ? " Aku tetap ingin berkeras hati dengannya.

Ingin melihat kejujuran cintanya kepada aku.

" Sebab aku cintakan kau. Bodoh. Aku boleh saja gugurkan anak dalam kandungan ni. Tetapi aku bukan macam kau yang bertindak sebelum berfikir. Anak ni tiada dosa untuk aku buang. Yang berdosa itu kita , jadi kita kena sama-sama tanggung dosa yang kita dah lakukan " Sekali lagi , dia menangis di hadapan aku.

Kenapa aku tiba-tiba merasa sakit ? Aku tak mula cintakan dia kan ?

" Aku tahu , status kau sekarang dan aku taknak paksa keberadaan kau dengan aku sekarang. Aku juga harus sedar tahap aku dimana jika nak dibandingkan dengan kau Jungkook. " Dia mengambil nafas yang panjang untuk menyambung kata-katanya.

" Kalau kau sudi , jenguklah aku dan anak kau ni di Jepun nanti. Setahun sekali pun tak apalah. Asalkan Jeongsan tahu siapa bapanya. Itu pun dah cukup buat dia bahagia nanti " Jelas Sarah. Airmatanya dilap menggunakan telapak tangannya. Wajah aku tidak langsung ditatapnya.

" Kau nak bawa dia pergi daripada aku ? "

" Untuk apa lagi aku setia , sedangkan kau tak pernah menghargai aku disini " Dia menguntumkan sebuah senyuman kepada aku. Walaupun senyuman itu tidak kelihatan ikhlas.

" Manusia akan sedar apa itu maksud 'menghargai'  jika dia dah merasa apa itu 'kehilangan' " Sarah berjalan menuju ke arah aku. Tanganku diambil lalu dicium lama.

Airmata yang ditahan akhirnya tumpah jua. Mengapa ini amat menyayat hati ku ?
Mengapa ini amat menyakitkan secara tiba-tiba ?

" Aku tak akan sesekali mengubah bapa kepada anak kita. Walau apa pun kau nak fikir tentangnya. Aku akan tetap kenalkan ' Jeon Jungkook ' sebagai bapa kandungnya. Maafkan semua salah aku kepada kau. Tak lupa juga , sampaikan maaf aku kepada isteri kau " Ucap Sarah sambil mencium tanganku. Aku dapat rasakan airmatanya mengalir di tanganku. Sedar tak sedar airmata aku turut jatuh bersama tangisannya.

" Maafkan aku Jungkook , maafkan aku sebab terlanjur mencintai kau dan kandungkan anak kau tanpa menyedari dimana tahap aku. Aku cintakan kau " Sarah berpaling selepas menyalaminya. Langkahnya dihayun ke muka pintu. Esakan tangisannya masih lagi kedengaran walaupun dia sudah berjalan jauh daripada aku.

" Sarah , aku mohon kau untuk jaga anak aku baik-baik. Aku sayangkan dia "

Selepas dia mengangguk kepada aku. Terus sahaja dia berjalan meninggalkan aku. Dadaku terasa sakit yang teramat. Mengapa ? aku dah mula cintakan dia ?

●●●

Cahaya matahari sudah pun menyelinap masuk ke ruangan tidur Hyemin dan Taehyung. Namun keduanya masih nyenyak tidur di atas katil.

Mendengar bunyi pintu kamar mereka diketuk beberapa kali. Barulah mata Hyemin terbuka. Segera dia bangun lalu berjalan ke muka pintu biliknya itu. Taehyung yang baru terjaga hanya memandang tingkah lakunya.

" Maaf mengganggu tidur puteri dan putera. Saya harap puteri dan putera segeralah bersiap memandangkan jam sudahpun menunjuk pada pukul emm. 10 ? "

Mendengar bicara Dokyeom. Taehyung terlebih dahulu berlari masuk ke dalam bilik air. Apakah dia tidak sedar bahawa majlis perkahwinannya akan berlangsung hanya beberapa jam dari sekarang ?

" Terima kasih sebab sudi kejut kami. Kenapa tak kejut pukul 12 nanti je. "

" Eh eh dia yang bangun lewat. Mementang tidur dengan bakal shuami kita pulak jadi mangsa " Kata Dokyeom berbaur sindiran. Hyemin mengecilkan matanya memandang Dokyeom yang berdiri terpacak di hadapannya itu.

" Kalau aku report kat Tae-- "

" Aish , arraseo Puan menang "

" Tahuuu takut "

Bersambung...

Disini aku mungkin nak cakap yang ehem mungkin tak akan dipub sebab em pt3.

Aku masih bersekolah okay HAHAHA.




[2017]ObsessionWhere stories live. Discover now