Gila II

1.5K 176 13
                                    

" Kau keluar sekarang ! aku tak nak jumpa sesiapa lah sekarang ni sial ! " tengking jungkook bersama carutan yang dihambur kepada Puan Jeon. Terduduk wanita itu melihat keadaan anaknya yang berubah itu.

" Jeon .. " Kali ini Hyemin pula yang cuba mendekatinya. Namun sama sahaja nasibnya dengan Puan Jeon. Ditolak dan dimaki serta - merta.

" Kau ? tch " Jungkook menjeling Hyemin yang kini mendekatinya. Tangan Hyemin yang ingin mencapai tangan Jungkook ditepis kuat.

" Kau keluar ! Aku kata aku tak nak jumpa sesiapa kan ? Keluar la ! " Jerit Jungkook tepat kepada Hyemin. Terkedu wanita itu mendengar hamburan yang diaju kepadanya.

●●●

" Dia mengalami tekanan jiwa yang amat mendalam. Tidak seakan fobia , tetapi dia mungkin mengalami sesuatu situasi yang amat tak boleh dia lupakan. Rasa bersalah yang kian membelenggu dirinya akhirnya menyebabkan tekanan jiwanya semakin kusut " Terang seorang Doktor Psikologi tentang Jungkook.

" Dan sekarang , mungkin dia harus diletakkan di bilik yang dikuarintin " Sambung Doktor itu. Tergamam Puan Jeon dan Hyemin mendengar penjelasan itu.

" Maksud Doktor , wad untuk pesakit gila ? " Soal Puan Jeon. Dadanya naik turun menahan debar yang kian memuncak.

" Disebabkan Puan adalah orang yang berpengaruh. Mungkin kami boleh letakkan Jungkook di wad persendirian "

" Tetapi , masih di hospital yang sama "

●●●

Taehyung menuang air suam ke dalam gelas yang dipegang olehnya. Fikirannya melayang memikirkan Hyemin dan Dokyeom yang keluar sejak pagi tadi.

" Bila aku obses , kau kata aku gila " Akhirnya lelaki itu bercakap seorang diri apabila dia tidak ditemani sesiapa.

" Bila aku baik , ini yang kau lakukan ? "

Sudah puas menahan perasaan , akhirnya gelas kaca tersebut dicampak ke lantai. Serpihan kaca tersebut berterabur di lantai jubin itu.

" Kenapa aku tak mati je ? "

●●●

" Dia ditahan di Hospital Jejang " Jelas Hyemin kepada Sarah. Melihat wanita itu sedang sarat mengandung membuatkan dia berasa simpati.

Dia hanya membayangkan bahawa dia berada di tempat wanita itu. Pasti dirinya akan sengsara apabila sering dihalau dan dicaci.

Sedangkan yang bersalah adalah perasaan cinta dalam dirinya. Cinta yang mendalam terhadap seorang lelaki yang bakal bergelar ayah kepada kandungannya. Perasaan cinta yang membuatkan dua insan tersebut melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya dilakukan. Perasaan cinta yang menyebabkan wanita itu terlupa tentang masa depan dan apa yang akan dilaluinya.

Hidup di dunia , pasti ada naik dan turun. Manusia tak akan lari daripada membuat silap.

Sebagai manusia , kita harus sentiasa berfikiran terbuka dan saling memaafi. Mungkin dia tidak tahu status Jungkook sewaktu itu.

" Sarah - ssi. Saya nak tanya sesuatu " Hyemin memandang tepat ke dalam anak mata wanita itu.
Mungkin kerana soalannya berat , dan dia ingin wanita itu jujur dengannya. Kerana mulut sering menipu , tetapi mata tidak sekali.

" Nae ? "

" Awak ikhlas cintakan Jungkook ? "

●●●

Langkahan Taehyung akhirnya terhenti di hadapan rumah Agam Keluarga Min. Dia mendapat panggilan daripada Min Yoongi sebentar tadi.

Ikutkan hati , memang tidaklah Taehyung nak datang semata - mata nak jumpa dia. Tetapi kerana hal yang mahu dikatakan itu berkaitan dengan isterinya , terpaksa dia menahan malu untuk datang ke rumah ini.

Dia disambut baik dan dibawa menuju ke ruang persendirian Min Yoongi.

" Sampai dah ? Jemput duduk " Pelawa Yoongi kepada Taehyung setelah melihat ketibaan lelaki itu di dalam pejabat kecilnya.

" Hal apa yang mustahak sangat untuk dibincangkan ? " Soal Taehyung. Tiada tunggu - tunggu lagi. Dia tidak mahu lama di dalam rumah yang seakan panas baginya.

" Tentang kau dengan Hyemin " Yoongi menutup fail yang disemak sebentar tadi. Lalu berjalan mendekati Taehyung yang sedang duduk di sofa berhadapan dengannya.

" Aku tahu , kau dan Hyemin melangsungkan perkahwinan semalam " Sambil tersenyum sinis Yoongi berkata - kata kepada Taehyung.

" Dan ? kau fikir aku kisah kalau kau tak restu pun?"

" Ini bukan soal restu tak restu. Kau harus tahu status Hyemin sebelum dia melangsungkan perkahwinan dengan kau Tae - ah " Jelas Yoongi. Apa yang dia mahukan adalah kesengsaraan adiknya. Dan tujuannya sekarang adalah untuk membongkarkan rahsia yang paling ditakuti adiknya.

" Kau jangan nak reka cerita. Aku kenal dia , dia isteri aku " Taehyung cuba menahan sabar. Ikutkan hati mahu saja dia menumbuk wajah kacak Yoongi disitu.

" Dan ini apa ? "

Beberapa keping gambar sewaktu perkahwinan Jungkook dan Hyemin diberikan kepada Taehyung.

Lelaki ini benar - benar mahu menghancurkan Hyemin.

" Sedarlah Taehyung , kau senang diperbodohkan oleh perempuan. Hanya disebabkan kau mencintai dia , kau percaya apa sahaja yang dia katakan ? " Yoongi sengaja ingin mengapi - apikan kemarahan Taehyung yang kian memuncak.

Terkesima lelaki itu memandang gambar - gambar itu. Dia tidak ragu - ragu kerana dengan jelas gambar itu tidak diedit mahupun diubah oleh sesiapa. Gambar itu sememangnya original.

" Tujuan dia berkahwin dengan Jungkook adalah untuk membalas cintanya. Dan dia terpaksa berkahwin dengan kau untuk tutup kesalahannya dan membutakan mata kau "

●●●

Baru semalam , dia mengahwini perempuan itu.

Baru semalam , dia memberikan sepenuh jiwanya kepada perempuan itu.

Baru semalam , dia mengucapkan kata - kata cinta kepada perempuan itu.

Namun hari ini , semuanya musnah.

Lebih musnah , apabila dia tahu bahawa perempuan yang dikahwini itu adalah isteri Jeon Jungkook.

Lebih teruk , apabila status perkahwinan itu tidak sah dan dia bukanlah suami sebenar yang berhak ke atas Hyemin.

Lebih sedih , apabila dia mengetahui bahawa dia diperbodohkan oleh seorang perempuan yang amat dia percayai.

" Kenapa semua ni berlaku kepada aku ? "

●●●

" Sarah , tak kan awak nak tunggu Jungkook lagi ? Saya tak sanggup nak biarkan awak lahirkan Eunjung dan jaga dia seorang diri. Tolonglah Sarah , berilah peluang kepada saya " Pujuk Yunhyeong kepada wanita itu.

Sebenarnya , dia sudah pun menaruh perasaan kepada Sarah sejak kemalangan itu. Oleh kerana dia yang menjaga wanita itu , dia yang melihat kesedihan yang dilalui wanita itu. Dia merasa dia patut melindungi Sarah dan bukannya Jungkook.

" Kalau dia boleh terima anak dia. Dia dah gila lah Sarah. Dia mungkin tak akan terima awak nanti bila dia dah sembuh "

" Ini anak dia , dan kalau dia tak nak saya pun. Dia kena bertanggungjawab dengan budak ni " Airmata gadis muda itu gugur akhirnya.

Setelah dia dihalau oleh lelaki itu, kehidupannya kian musnah. Dia dibuang daripada Jeongsan Trading dan kini hidupnya hanya sebatang- kara.

" Biar saya yang bertanggungjawab dengan anak ni " Ujar lelaki itu , tiada ragu - ragu lagi. Kalau tidak kerana dia yang mengajar Jeon Jungkook bermain sebegini , perempuan ini tidak akan mengandung.

" Yunhyeong-ah "

" Saya akan tetap tunggu Jungkook keluar daripada hospital gila tu. Sebab anak ni , anak dia"

Bersambung ...

[2017]ObsessionWhere stories live. Discover now