Bab 49

6.8K 344 8
                                    

Ash keluar dari dewan peperiksaan sambil mengeliat. Fuh, ekonomi memang kasi migrain.

"Ash, macam mana?" Tanya Vee dari belakang. Ash hanya senyum.

"Senang lah tu. Tunang jadi tutor," kata Tiza dengan suara mengejek.

"Dia tak amik ekonomi lah," balas Ash lalu menyaingi langkah mereka.

"Tak ada lah susah sangat. Yang Wendy pergi drop kenapa?" Kata Sofy yang mencelah dari belakang.

"Dia rasa susah lah. Asyik fail je," kutuk Hanis.

"Alah, kau pon sama. Cukup-cukup makan!" Kata Ash membuatkan semua ketawa.

"Dah merdeka lah kita ni?" Tanya Vee.

"Yes, we free from SPM! I dah tak sanggup nak hadap ni. I won't go university," kata Sofy bersungguh.

"Me too. I nak berhenti belajar. Parents kaya, buat apa nak membazir masa," kata Tiza.

"Kau?" Tanya Hanis.

"Ingat Adam nak kasi? Memang tak lah. We planned to study at the same university," balas Ash. Malas sungguh bunyinya.

"Bukan planned nak kahwin?" Tanya Tiza. Ash gelak.

"That's one of it lah," kata Ash lalu mengenyitkan matanya.

"Ash, happy birthday!" Ucap kelima mereka serentak lalu memeluk Ash erat.

"Thank you, guys. Thanks for being my friend," balas Ash. Terharu sangat bila mereka semua sudi berkawan kembali.

"It's okay. Our fault too," kata Tiza dengan air matanya sudah bergenang.

"Hadiah tak ada?" Tanya Ash.

"Hek eleh. Wish cukup lah," balas Hanis jengkel.

"Kedekut. Kata parents kaya tadi." Ash menjelirkan lidah.

"We asked Wendy to deliver it to your house," ujar Vee. Ash senyum.

"Eh! Your Adam is here," kata Sofy.

Ash lantas berpusing. Terus dia ketawa sambil menyangkung. Sah ini kerja Afiq dan Amer. Adam tak akan buat macam ni.

"Jangan lah gelak!" Teriak Adam kuat.

Ash bangun menghampiri Adam. Wajah Adam dipandang. Kaca mata hitam yang dipakai oleh Adam dibuka.

"You are the one with whom I can share my heart out and my minutest about anything. You understand me the best. Thanks for being such a darling and may Allah shower his best wishes on you. Happy Birthday, sweet heart," ucap Adam penuh romantik. Ash gelak perlahan.

"Scripted," kata Ash pendek. Adam mengeluh.

"Cringey sangat lah ayat Afiq ni," keluh Adam. Ash gelak lagi.

"Balloons? Flowers? Teddy Bear? They did a great job, huh?" Tanya Ash dengan gelaknya.

"So great," balas Adam jengkel.

💞💞💞💞💞

"Kek je? Hadiah tak ada?" Tanya Ash tidak berpuas hati dengan dua orang lelaki di hadapannya.

"Banyak cekadak kau. Bawa-bawa lah bersyukur," balas Amer.

"Betul tu. Bersyukur sikit kita orang dah bagi Adam skrip baik punya," kata Afiq pula. Ash mencebik.

"Tolong lah. Aku geli ada lah bila dia cakap macam tu." Ash menyuapkan kek ke dalam mulutnya.

"Kan aku dah kata tak sesuai. Kau ni degil," marah Amer kepada Afiq.

"What? Ayat tu sweet apa," kata Afiq tidak mahu kalah.

"Sampai kat aku tak sweet lah ni?" Tanya Adam serius.

Amer dan Afiq angkat bahu serentak dan tersengih. Kebenaran yang tidak berani untuk mengiyakan.

"Tak akan kau tak ada hadiah untuk Ash?" Amer menukar topik dengan memberikan soalan kepada Adam.

"A'ah. Mana?" Tanya Ash teruja.

"It's me," kata Adam separuh berbisik.

Krik...Krik...

Terjongket bibir Ash. Afiq dan Amer sudah menyorok bawah meja. Tak sanggup nak terus tahan rasa mual.

"Kurang ajar lah kau orang ni!" Adam memarahi Afiq dan Amer.

"Aku ingatkan sesuai. Tak juga," kata Afiq sayu.

"Kau duduk diam-diam je lah. Better," cadang Amer.

Adam membaling garfu kepada Amer. Mereka semua gelak serentak.

"Thanks lah memeriahkan hari aku. Lawak lah kau orang ni," kata Ash dengan sisa tawanya.

"My pleasure, princess," kata Afiq romantik.

Adam menjeling Afiq.

"So, kita discuss semula. Uni mana nak masuk?" Tanya Amer.

"Aku nak masuk Uni yang ada Ivy League," kata Adam.

"Woi, agak lah. Kesayangan kau ni bukannya pandai nak masuk sana." Amer mengingatkan Adam.

"Tyara University of Japan," cadang Ash. Mereka saling berpandangan.

"Okay, deal," putus Adam. Mereka hanya perlukan kata putus dari Adam. Adam cerewet!

"Tapi, guys. Aku tak masuk kot," kata Afiq membuatkan semua meletakkan fokus kepada Afiq.

"Lah, kenapa? Mana boleh kau tak ada," kata Ash sayu.

"Mahal sangat lah. Cukup lah aku susahkan kau orang. Aku masuk IPTA je lah," balas Afiq.

"Aku tanggung kau seratus peratus," kata Adam. Afiq geleng.

"Tak apa lah. Kau...." Kata-kata Afiq dipotong oleh Adam.

"Kau bantah cakap aku?" Tanya Adam mengugut. Afiq hela nafas.

"Ye, Tengku Putera Adam. Patik menjunjung perintah," balas Afiq sarkastik membuatkan Amer dan Ash ketawa.

"Good boy." Adam mengusap kepala Afiq.

"Make sure aku punya allowance lima kali ganda dari sekarang." Afiq menepis tangan Adam.

"Tak ada masalah."

💞💞💞💞💞

Ash menghampiri tiga orang lelaki yang sedang duduk di meja makan. Hidangan diletakkan di atas meja.

"Siap. Cuba lah," suruh Ash.

"Edible ke ni?" Tanya Amer.

"Mesti lah. I put much effort on this tau," kata Ash bersungguh.

Mereka lambat-lambat mengambil sesudu kari ayam itu dan merasanya.

Afiq lantas berlari ke sinki. Amer pula terus tersembur. Adam hanya menelannya secara paksa.

"Mak Jah, bawakan air! Cepat sikit! Dah nak mati ni!" Teriak Amer kepada Mak Jah.

"Kau orang ni!" Marah Ash lalu membaling apronnya.

"Lah, dah memang tak sedap. Nak suruh aku buat apa?" Kata Amer sebelum meneguk rakus air yang diberikan Mak Jah.

"Woi, rasa najis! Puih!" Kata Afiq yang berjalan semula ke arah meja makan.

Ash memandang Adam. Harapkan Adam sahaja yang memuji usahanya walau terpaksa. Tolonglah, bagi semangat sikit.

"Adam, tak ada apa nak komen?" Tanya Amer.

"Jangan cakap dengan aku. Aku nak pengsan ni," kata Adam serius.

"Adam!!" Marah Ash.

Semuanya gelak terbahak-bahak kecuali Ash. Makin masam mencuka mukanya.

Inilah kerja Ash sepanjang menunggu keputusan SPM. Belajar memasak dengan Mak Jah sahaja. Tetapi, tak pernah satu yang jadi kecuali french toast.

"Aku rela makan french toast setiap hari, Ash," seloroh Adam. Amer dan Afiq mengangguk setuju.

"Shut up!"

Tyara College ✔Where stories live. Discover now