Bab 19

7.7K 369 9
                                    


Ash pandang Adam macam nak telan. Adam hanya mampu telan liur. You make a really big chaos, Adam.

"Get rid of that memory lah!" Tengking Ash. Adam melangkah setapak kebelakang.

"That will not as easy as you expected. I'm sorry. I tried too. But, something like that will not be easy to rid it," kata Adam mahu mengambil bela diri sendiri.

"Apa yang susah sangat nak lupakan gambar tu?!" Tengking Ash kuat. Adam mencari jawapan sebelum tersenyum.

"Both," balas Adam pendek. Berkerut muka Ash. Apa yang both?

"Huh?" Tanya Ash tak faham. Adam mendekati Ash sebelum berbisik sesuatu.

"The upper and lower body part," balas Adam sebelum tersengih. Astaghfirullah hal azim, Adam. Merah muka Ash.

"ADAM!" Jerit Ash kuat. Lantas Cik Mas menutup mulut Ash.

"Malu orang tengok anak dara jerit-jerit," marah Cik Mas lalu memukul bahu Ash. Adam tersenyum menang. Ash jeling tajam.

"A'ah ye lah. Kereta sewa dah ada. Siapa yang nak bawa? Aku memang masuk laut. Zin, tak ada lesen. Mak Cik Masnon kita ni pula start enjin pun tak reti," kata Affin dah pening kepala. Ash pandang Adam perlahan. Adam pantas geleng kepala.

"Putera Adam kita ni ada international license dari USA. Why not dia je yang bawa?" Cadang Ash. Adam tutup mata geram. Nafasnya dihembus perlahan.

"Ya, Adam? Mana lesennya?" Tanya Cik Mas. Adam senyum plastik segaris. Dia mengeluarkan lesen kereta dari Amerika Syarikat sebelum menunjukkan kepada Cik Mas.

"Boleh lah tu. Dah jom," kata Affin seraya membuka pintu kereta tempat duduk belakang.

"Amboi, dah semua duduk belakang. Ingat aku ni driver?" Kata Adam geram apabila semua masuk ikut pintu belakang selepas masukkan beg.

"Ash, kau duduk depan ah," tolak Afzin membuatkan Ash keluar dari kereta.

"Woi! Kurang ajar lah!" Marah Ash seraya mengetuk pintu kereta yang telah dikunci dari dalam.

"Ash, cepat masuk," arah Adam tegas sambil menunjukkan pintu duduk penumpang bahagian hadapan dengan kunci kereta sebelum meloloskan diri ke dalam kereta. Ash mendengus geram sebelum masuk ke dalam kereta.

Ash pandang luar ketika dalam perjalanan menuju ke hotel. Pemandangan disapa lembut oleh mata. Dia tak pernah lagi jejak Langkawi. Tapi, kalau Fiji Islands banyak kali. Malaysia ni tak pernah habis pusing. Yang selalu jejak KL, Selangor dengan Melaka. Kalau tak sebabkan lepak apa lagi. Tak akan nak pergi Melaka semata daki A Famosa tu. Itu mustahil.

Adam mengerling Ash sedikit sebelum mencebik. Hampeh, punya perempuan. Kau tidur! Adam kembali menatap Waze. Kiri dan dalam 1km sampai. Adam belok kiri berhati-hati. Seumur hidup tak pernah dia bawa kereta MPV. Jangan kata MPV, SUV pun tak pernah. Tinggi, besar dan takut. Dalam 10 minit perjalanan, matanya menyapa HIG Hotel. Adam smirk. Matilah kalau kejap lagi Ash bangun.

"Sampai pon. Dah turun," kata Cik Mas seraya membuka pintu kereta diikuti Affin dan Afzin. Adam pandang Ash.

Salah ke jatuh cinta? Cinta itu fitrah. Adam mengeluh perlahan sebelum menyandarkan badannya. Matanya memandang kawasan sekitar kosong. Otaknya yang ligat berfikir.

Cinta pada dasarnya bukanlah sesuatu yang kotor, kerana kekotoran dan kesuciannya bergantung kepada kita. Jika kita mengarah cinta itu kepada kebaikan, maka terbitlah cinta yang suci dan halal . Jika kita mengarahkan cinta kita berlandaskan hawa nafsu semata–mata, maka terbitlah cinta yang kotor dan haram.

Islam adalah agama fitrah. Kerana itulah Islam tidaklah membelengu perasaan manusia . Islam tidak mengingkari perasaan cinta yang tumbuh pada diri seorang manusia. Akan tetapi Islam mengajarkan pada manusia untuk menjaga perasaan cinta itu, dirawat dan dilindungi dari segala kehinaan dan apa saja yang mengotorinya.

Tyara College ✔Where stories live. Discover now