Bab 3

10K 411 6
                                    

Cemberut muka Ash apabila papanya mahu mengenankannya dengan Tengku Indra. Dah lah mulut macam hawau berdasarkan perbalahan mulut antara Tengku Indra dan Putera Adam.

"Ash tak nak ke? Dulu Ash kata nak sangat kahwin dengan anak raja," Dato Ashraf bertanya kepada Ash dengan lembut.

"Alah papa ni. Itu impian zaman bila," kata Ash dengan nada marah. Ash bersandar pada kerusi. Matanya ditutup. Ash terdengar perbualan antara cucu-cucu kerabat.

"Nampak tak awek yang pakai dress peach tu? Ibunda Syalia kata ayah dia nak kenankam kita orang. Not bad juga awek tu. Barang boek," kata Tengku Indra kepada saudara-saudaranya yang lain.

"Kau tahu ke nama dia?" Tanya Adam tiba-tiba. Tengku Indra angkat kening.

"Tak kisah lah aku tahu atau tidak. Nanti kalau dah kenal tahu lah," balas Tengku Indra. Ash berdecit perlahan. Nampak sangat tak serius.

"Aku bagi tahu sekali sahaja. Ingat sampai mati. Ashreena Lavender binti Dato Ashraf. Ash orang panggil. 28 November lahirnya dia. Kaki buli. Kaki langgar disiplin. Kaki buat aku hari-hari rasa nak mengamuk. Dan terakhir, pernah bermain dengan iman lelaki aku," kata Adam panjang. Semua di meja itu ternganga. Ash tergamam. Sejak bila dia main dengan iman lelaki itu.

"Woi! Sejak bila aku main dengan iman kelakian kau?" Sergah Ash serta merta. Papanya yang berada di sebelah memandangnya dengan reaksi terkejut.

"On Friday morning, you put your hand around my neck and then you trying to....," kata-kata Adam terhenti apabila Ash bangun dan menekup mulut Adam. Ash menjengilkan matanya pada Adam.

Adam senyum sinis. Tangan Ash ditepis. Mata Ash ditenung lama. Ash mengeluh.

"Okey, kau nak apa?" Tanya Ash geram. Adam senyum senget.

"Stop menyusahkan aku. Stop buat hal. Dan jangan cuba ugut aku dengan aksi tak senonoh kau tu lagi," kata Adam membuatkan semua di meja itu ternganga lagi. Ash ketap bibir kuat. Rasa nak lempang je lelaki depannya.

"Kau ni kan! Aku tak akan ikut cakap kau since kau dah cakap full apa yang kau nak cakap. Dan excuse me, apa yang tak senonohnya? Aku tak sentuh pun kulit kau eh!" Suara Ash makin meninggi. Dato Ashraf cepat-cepat menarik anaknya duduk semula.

Adam membetulkan suitnya sebelum menoleh kepada Ash dan senyum senget. Ash merengus kasar. Tunggu kau Adam. Aku telan kau hidup-hidup!

~///~

"Sekolah kita sudah membuat perbincangan bersama PIBG sekolah untuk membuat camping di Selangor bagi aktiviti kokurikulum. Semua pelajar wajib melibatkan diri," Tuan Harun selaku pengurus PIBG berucap. Semua murid mula mengeluh.

"Dan telah dipersetujui oleh ibu bapa kamu semua bahawa sesiapa sahaja yang tidak mengambil berat berkaitan aktiviti akan dikenakan denda iaitu berpengalaman untuk hidup di sebuah kampung di Kedah selama sebulan. Tambahan lagi anda akan dijaga oleh seorang mak cik garang. Dua orang yang istimewa akan di pilih," tambah Tuan Harun lagi. Dewan menjadi semakin riuh.

~///~

"Aku excited nak pergi camping ni," kata Amer yang sedang mengemas barang untuk aktiviti camping esok. Adam hanya diam. Dia mengeluh.

"Aku malaslah. Tak ada mood nak buat aktiviti," kata Adam lalu membuka telefon pintarnya. Gambar keluarganya sebagai screen lock ditenung.

"Asal? Kau kena marah lagi sebab Ash ke?" Tanya Amer cuba meneka.

"Kau tahu sajalah. Dia mana puas hati dengan aku. Hari ni aku malas nak jumpa dengan dia. Malas nak bagi amaran," jawab Adam membuatkan Amer mengangkat kening.

Tyara College ✔Where stories live. Discover now