Bab 38

6.7K 333 5
                                    

"Ash, Khamis ni birthday Adam kan? Kau nak bagi apa?" Tanya Hanis teruja. Ash julingkan matanya.

"Yang kau nak menyibuk apa hal?" Ash sambung membuat nota ekonomi.

"Eleh. Kan aku dah kata, aku tak nak goda Adam. Susah sangat ke kau nak percaya?" Hanis merengus perlahan.

"Memang susah pon. Kau tu tergedik-gedik depan dia, bagi muffin, pegang-pegang dada dia, ingat aku nak percaya? Memang tak lah," balas Ash geram.

"Hish, kau yang jealous tak tentu pasal. Normal lah. Dengan semua lelaki pon aku buat macam tu," kata Hanis selamba.

"Whatever. Tapi, petang ni teman aku," kata Ash lalu berpaling menghadap Hanis.

"Pergi mana?" Tanya Hanis.

"Cari hadiah Adam."

"Eleh, tadi jual mahal."

"Diam lah."

🎁🎁🎁🎁🎁

"Kau nak beli apa?" Tanya Hanis teruja seraya mereka melangkah masuk ke dalam Pavilion.

"Masuk dalam Tiffany and Co. baru aku fikir," balas Ash seraya kakinya bergerak laju menuju ke Tiffany and Co.

Masuk sahaja ke dalam kedai itu, mereka tidak begitu disambut. Faham-faham lah kalau faktor budak sekolah masuk kedai macam ni apa pekerja pandang. Ash buat tidak tahu. Dia mengambil tempat bersama Hanis.

"Men's ring, please. Platinum, sterling silver or titanium," arah Ash.

"Ash, this is damn pretty. My god, feel like purchase this god damn," kata Hanis teruja dan sibuk meneliti seutas gelang tangan di sebalik peti kaca.

"Beli lah. Tiffany and Co. bukannya mahal sangat. Kurang-kurang pon baru RM2500," kata Ash. Pelayan di situ terus menjelingkan mata. Menyampah agaknya.

"Tak boleh lah. Last week aku baru beli Pandora 3 set. Bebel daddy aku nanti," keluh Hanis sebelum berjalan lemah duduk di sebelah Ash.

"Itu, masalah kau. Eh, tengok lah sini. Mana lawa?"

"Lah, asal semua silver? Cuba amik rose gold atau gold, mesti lagi menarik."

"Haram lah lelaki pakai emas. Kau ni," marah Ash. Hanis angkat bahu.

Ash tenung beberapa cincin itu. Satu persatu dia cuba bayangkan Adam pakai.

"Beb, kau dah tunang tapi mana cincin?" Tanya Hanis sambil memebelek jari Ash.

"Gelang lah," balas Ash sambil menyelak lengan bajunya menunjukkan gelang emas yang mempunyai ukiran nama أدم_أش pada gelang itu berserta beberapa gemstone. Ianya ditempah khas oleh Tunku Hasnah dari Dubai.

"Woo, silau," usik Hanis. Ash kembali fokusnya pada cincin.

"Yang ni." Ash menunjukkan sebentuk cincin iaitu Tiffany Flat Double Milgrain Ring.

"The price is RM 7650," kata pekerja itu.

"Okay, deal. Size 8½. Wrap sekali Elsa Peretti Circle Cuff Link 2 sets and Pearls by The Yard Bracelet. Just that," kata Ash sambil cuci mata melihat rantai.

"Wey, kau nak belikan aku ke?" Tanya Hanis teruja selepas gelang yang menarik hatinya dibeli oleh Ash.

"Ye lah. Tak akan aku nak pakai. Cukup lah gelang tunang ni," balas Ash sambil melihat gelang itu di tangannya. Tipulah kalau tak bangga jadi tunang Adam.

"Thanks!" Hanis memeluk bahu Ash. Ash hanya senyum.

"Cuff link RM1781, bracelet RM2200 and ring RM7650. Total, RM13412. Cash or credit," tanya pelayan itu masih dengan muka sombong. Naik menyampah.

Tyara College ✔Where stories live. Discover now