Bab 33

7K 314 2
                                    

Adam bersandar pada keretanya. Jam tangan di pergelangan dikerling. Memang nak tunggu perempuan siap berjam macam ni eh? Sudah 20 minit dia menunggu Ash di hadapan lobby hotel. Kalau call, dah tahu apa jawapannya.

"Kejap je. A minute, kay."

A minute jadahnya.

"Adam! Sorry," tegur Ash dari sebelah Adam dengan sengihan bersalahnya. Adam mencapai luggage di tangan Ash.

"It's okay. Masuk lah," balas Adam. Sabar je lah.

"Kita nak pergi mana?" Tanya Ash sebaik sahaja Adam memasuki kereta.

"Balik KL lah," balas Adam pendek. Ash mencebik.

"Alah, awal lagi nak balik KL. Kita pergi somewhere lah," desak Ash. Adam diam malas mahu melayan.

Ash tak puas hati. Tunang ke, tak tunang ke, sama je. Adam tetap cold blooded. Haram jadah tak nak layan aku ni. Kereta sudah memasuki lebuhraya. Huh! Memang dia tak nak layan dah. Mogok!

Adam mengerling ke arah Ash. Diam dan mukanya masam.

"Dah breakfast?" Tanya Adam. Ash diam tidak menjawab.

"Aku tanya ni, dah breakfast?" Tanya Adam sekali lagi.

"Non of your business." Ash lancarkan perang. Adam angkat bahu dengan muka selambanya.

Beberapa minit perjalanan, Adam berhenti di stesen minyak. Kereta diparkirkan di sebelah tandas. Selepas menggunakan tandas, Adam berjalan menuju ke kedai.

"Nah, makan. Nanti sakit pulak." Adam menghulurkan bungkusan plastik kepada Ash.

Ash terkebil-kebil. Serius lah, Adam. Ini ke cara kau layan tunang kau? Ingatkan bawa pergi mana-mana restoran ke, paling cikai pon R&R. Ni belikan roti dan Milo. Ya Allah, panas hati ni.

Ash tidak menyambut huluran plastik itu. Dia kembali fokus terhadap telefonnya. Adam meletakkan plastik itu di atas riba Ash sebelum kembali memandu.

Ash tercengang. Woi!! Tak nak pujuk ke?!

💦💦💦💦💦

Ash mengikut langkah Adam menuju ke club room. Kenapalah dia ni sibuk sangat hidup. Nak layan tunang yang tak sampai 24 jam ni pun tak ada masa.

"Congratulation on your engagement!" Ucap sesisi kelab apabila Ash dan Adam melangkah masuk. Adam membalas dengan senyuman. Ash hanya tersenyum malu.

"Thanks. Ambil tempat semua. Lets start our briefing about Yayasan Tyara Charity Concert," arah Adam. Ash mengeluh. Nampak tak! Pasal kelab lagi!

Perbincangan bermula. Konsert akan diadakan dalam masa 1 bulan setengah lagi. Konsert itu telah dibincangkan untuk berdurasi selama 3 jam. Agak lama.

"Kita ada lebih kurang 140 minit untuk persembahan. 40 minit selebihnya pula untuk rehat sebanyak 4 kali. Dalam 140 minit, lebih kurang 28 lagu yang akan dimainkan. Jadi kita bahagikan kerja. Kalau boleh kita letak semua genre lagu supaya adil bagi penonton," terang Adam. Masing-masing sudah mengeluarkan iPad dan tablet untuk menulis nota.

"Aku ada cadangan. Masa opening kita buat orchestra. Lepas tu musical. Seterusnya, band. Lepas tu kita buat lain-lain genre lagu," cadang Amer. Adam mengangguk. Nampak macam setuju.

"Aku okey. Yang lain setuju?" Tanya Adam. Mereka yang lain hanya mengangguk.

" Masa opening nak main lagu apa?" Tanya Victoria sebagai setiausaha kelab.

"Kita guna muzik yang rancak dan elegan. Jangan pula guna Ecossaises Op. 72 No. 3. Itu nak kasi mood romantik plus tidur kasi lena," kata Faiq.

Perbincangan semakin lama semakim rancak. Ash sudah menguap beberapa kali. Bukannya dia tahu sangat pasal muzik ni. Adam yang paksa dia join kelab ni.

Tyara College ✔Where stories live. Discover now