Bab 34

7.1K 345 25
                                    

"Weyh! Merahnya. Tak sakit ke?" Tanya Ash dengan masih lagi terkejut dengan kesan terbakar di belakang badan Adam.

"1st degree ke 2nd degree?" Tanya Adam perihal kesan terbakar itu.

"1st tapi merah sangat," balas Ash.

"Pergi ambil tisu dengan ais. Ais ada dalam fridge tu," arah Adam. Ash melangkah laju. Ash kembali dengan ais diletakkan dalam tisu sebelum menuamnya.

"Sakit?" Tanya Ash. Adam geleng.

"Kebas sikit je."

"Macam mana boleh kena ni?" Tanya Ash. Kalah bini prihatinnya.

"Dia orang iron baju. Aku pon tak tau macam mana boleh terkena aku," cerita Adam.

"Lepas ni nak buat apa?"

"Letakkan burn cream atau antiseptic," balas Adam.

Siap kesemuanya. Kesan terbakar juga telah ditutup.

"Apahal siak panggil aku malam-malam ni semata nak suruh rawat. Kat dorm suruh je ah member buat," bebel Ash. Adam bangun dari duduk di atas katil. Dia berdiri betul-betul di hadapan Ash. Baju Tnya dibuka.

"Woi!! Kau nak buat apa, sial!! Weyh!!" Jerit Ash.

"Kau nak suruh dia orang nampak ni?" Tanya Adam. Bulat mata Ash.

Terang lagi tak perlu disuluh iaitu absnya sangat menawan. Eh!! Bukan itu topik utamanya. Maaf. Boleh tahan banyak juga tatu di badan Adam. Ada tatu serigala di belakang tubuhnya bahagian kiri. Erm, kenapa aku tak perasan?

"Erm, okay aku faham. Pakailah baju balik," kata Ash tersipu-sipu. Adam gelak sebelum menyarungkan bajunya semula.

"Tak buang?" Tanya Ash. Adam senyum segaris.

"Tempat yang obvious orang boleh nampak dah buang. Tapi yang kat badan ni semua besar. Boleh pengsan nak buat laser," terang Adam. Ash angguk.

"Okay, no more questions. Sebab aku still terkejut." Ash bangun dari duduk.

"Kau boleh terima?" Tanya Adam.

"Berapa kali aku nak cakap yang aku terima semua flaws kau? Aku tak kisah lah Adam. Siapa pun kau dulu. Yang penting yang ada depan aku ni, yang jadi tunang aku ni adalah Adam yang aku kenal. Bukan Adam masa silamnya," marah Ash. Insecurities Adam ni tinggi sangat.

"Okay, tak payah lah marah. Aku tanya je," kata Adam. Terselit nada merajuknya.

"Seriously, Adam. Sejak bila kau pandai merajuk ni?" Tanya Ash dengan gelaknya.

Adam angkat bahu sebelum keluar dari bilik kesihatan.

"Woi! Tunggu lah!"

💉💉💉💉💉

"Bro, skrip teater dah siap. Petang nanti kau tengok kan lah," kata Amer seraya memasukkan laptop ke dalam beg.

"Suruh Amy hantar sekarang. Petang aku tak ada," balas Adam.

"Dating?" Tanya Amer.

"Adalah. Yang penting bukan dating semata," balas Adam dengan jelingan. Apa ingat kalau keluar dengan Ash ni nak dating je memanjang ke?

"Panjang umur partner kau," kata Amer secara tiba-tiba. Adam mengangkat wajah menghadap pintu.

Kelihatan Ash sedang memasuki kelas Adam. Dia berjalan ke meja Adam dengan senyuman.

"Kita nak lunch kat mana?" Tanya Ash. Adam angkat bahu.

"Up to you," balas Adam pendek dan seperti biasa, tiada nada. Ash julingkan mata ke atas.

Tyara College ✔Where stories live. Discover now