Bab 5

8.1K 381 2
                                    

"Asal mak cik tak cakap cara orang sini?" Tanya Adam ketika Cik Mas sedang masak makan malam. Adam sedang menolong Cik Mas memotong sayur.

"Cik baru duduk sini dua tahun. Dulu cik duduk Johor. Selepas suami cik meninggal, cik pindah sini. Ini saja peninggalan arwah selain dua anak kami," cerita Cik Mas. Muka Adam berubah sayu.

"Ouh. Maafkan kawan saya sebab cakap kasar dengan mak cik," Adam meminta maaf bagi pihak Ash.

"Cik geram sebenarnya dengan dia tu. Mulut dia memang macam tu ke?" Tanya Cik Mas membuatkan Adam tergelak kecil.

"Dia memang macam tu. Mengada, kuat melawan. Papa dia kata dia tak cukup kasih sayang. Saya pun tak tahu apa yang tak cukup. Semua yang dia nak semua dapat," kata Adam lalu tersenyum kecil. Dia yang anak bakal pemerintah Melaka pun tak ada mengada macam tu.

"Kemewahan bukan segalanya," kata Cik Mas tiba-tiba. Adam angkat kening. Betul juga.

"Cik! Rumah ni kena pergi sungai mandi eh?" Tanya Ash setibanya dia di dapur. Cik Mas sabar dengan perangai Ash.

"Tandas kat belakang tu. Luar rumah," kata Cik Mas malas.

"Huh?!! Luar rumah?!! Gila ke?" Ash terjerit tidak percaya. Luar rumah guys!

"Ye lah. Baik kau mandi sekarang sebelum senja. Ambil wuduk sekali. Kita solat kat surau kalau kau boleh solat," kata Cik Mas lalu sambung memasak. Ash merengus kasar.

Ash pergi ke biliknya. Ash mengambil baju tidur berseluar pink polkadot putih dan baju sedondon putih bercorak bibir besar di dada. Dua tuala dicapai. Satu bersaiz yang cukup untuk menutup dari dada hingga ke lutut. Satu lagi khas untuk rambutnya. Toiletry bag yang diisi segala jadah di bawa. Tidak lupa juga pakaian kecilnya.

Ash mandi dengan segera. Tidak selesa! Geli! Berlumut! Ash keluar dengan hair wrap membalut rambutnya. Tuala yang digunakan untuk mengelap bandannya dilitkan di leher untuk menutup lehernya. Dia melintasi dapur.

Adam tersenyum memandang Ash. Comel baju tidur. Ash menjeling. Dia rasa seperti dihina apabila Adam ketawakannya memakai baju tidur. Ash berjalan terus menuju ke biliknya. Tualanya disidai di penyidai.

"Kau suka dia?" Tanya Cik Mas apabila Adam masih lagi tidak henti senyum. Mati senyuman Adam. Adam memandang Cik Mas.

"Tak adalah. Baju dia tu comel," kata Adam membuatkan Cik Mas tersenyum.

"Baju tidur comel ke, orangnya comel?" Jerat Cik Mas. Adam berkerut.

"Hish. Mana ada," nafi Adam keras.

"Cik memang tak boleh tipulah yang dia tu lawa tapi perangai je tak lawa. Dah, pergi mandi," kata Cik Mas. Adam bangun untuk mengambil tuala dan baju untuk disalin. Dia tidak mahu cakap lagi tentang perasaan suka dia pada Ash. Dia hanya suka Ash pada hari event tu sahaja.

Sepuluh minit lagi azan maghrib akan berkumandang. Ash sudah pun duduk di sofa sebelah Adam untuk menunggu Cik Mas. Kepalanya dilentokkan pada bahu Adam. Adam hanya pandang dan sambung bermain Fruit Blash.

Ash berasa sungguh penat hari ini. Malas rasanya dia mahu ikut pergi surau. Nak buat macam mana, lagi menakutkan duduk rumah ni seorang diri. Mukanya disembamkan ke lengan Adam sebelum mengeluh perlahan.

"Kau ni dah cantik pakai telekung. Boleh tak jangan buat perangai tak senonoh?" Kata Adam lalu menolak kepala Ash menjauhi dirinya.

"Eleh, kedekut. Nanti jangan lupa kata sorry kat bakal bini kau. Aku dah curi lengan kau dulu. Anyway, wangi lah kau," kata Ash lalu berdiri apabila Cik Mas sudah keluar dari bilik. Adam mengetap bibir. Ash seakan bermain dengan perasaannya.

Ash duduk di belakang sekumpulan mak cik. Boleh tahan heboh. Dah lah cakap kedah. Mana lah faham. Ash mengeluarkan Iphone7nya. Aplikasi game Monster Life disentuh. Dia bermain tanpa perasaan. Bosan! Terdengar juga bualan dari mak cik-mak cik di hadapannya.

"Yang ni anak Dato. Yang lelaki tu pula cucu sultan Melaka. Sebulan dia duduk sini," cerita Cik Mas pada beberapa kawannya.

"Assalamualaikum," sapa seorang gadis yang menetap di kampung ini. Ash memandang gadis itu.

"Waalaikumsalam," balas Ash lalu tersenyum kecil. Budak kampung mana lak ni.

"Nama awak apa?" Tanya gadis itu saja ingin berbasi.

"Ashreena Lavender binti Dato Ashraf," balas Ash hambar.

"Ouh. Saya Rania Alya binti Hakim," Rania mengenalkan dirinya. Ash angkat kening. Sedap juga nama orang kampung ni.

"Umur berapa?" Tanya Ash. Dia mula berasa bosan. Apa salahnya bosan itu di hilangkan dengan perbualan.

"Saya 16 tahun. Awak?" Balas Rania selepas itu dia bertanyakan Ash pula.

"17 tahun. Your senior," kata Ash lalu senyum.

"Awak lawa lah," puji Rania. Ash tak lah kembang. Title awek lawa untuknya benda biasa. Cheh!

"Biasa-biasa je," Ash rendah diri. Jarang nak dapat mood Ash merendah diri.

"Tak. Kulit awak putih, bersih. Mata awak cantik. Pendakap gigi awak pun cantik," puji Rania lagi. Ash senyum. Ramai juga orang puji mata almond shapenya. Kulit memang bersih dan kemerahan. Braces warna pink bahagian atas dan purple bahagian bawah nampakkan girlish.

Ash memandang Rania lama. Kulit sawo matang. Mata hooded. Jerawat ada sikit. Gigi teratur. Tak ada lah lawa mana. Ash angkat kening sebelah. Biasa-biasa je budak ni. Tak lawa, tak hodoh.

"Awak, abang yang datang sama dengan awak tu nama dia apa?" Tanya Rania apabila beberapa seketika keadaan hening.

"Ouh. Tengku Putera Adam Farhan Mukmin Shah bin Tengku Raja Azmi Faizal Mukmin Shah. Kerabat sultan Melaka. Salah satu cucu sultan Melaka," kata Ash. Untunglah kau, Adam. Baru berapa jam kat sini dah kutip peminat.

"Ouh, hebatnya. Sekolah awak memang semua orang-orang hebat ke?" Tanya Rania ingin tahu.

"Nama sekolah kita orang Tyara College. Semua anak-anak keluarga elit bersekolah di situ. Hanya segelintir yang datang dari keluarga biasa dan miskin dengan bantuan biasiswa. Kebanyakan dari kami ialah anak usahawan besar, anak Dato, anak Tan Sri, kerabat di raja dan juga anak orang luar negara," terang Ash tentang sekolahnya.

"Wah! Ramai ke kerabat?" Tanya Rania teruja.

"Tak ramai sangat. Yang paling tinggi pangkat kerabat ialah Putera Adam. Bapa dia bakal mentadbir Melaka suatu hari nanti," kata Ash membuatkan Rania senyum. Nampak sangat suka dengan cucu Melaka tu.

"Baju sekolah macam baju sekolah biasa ke?" Tanya Rania ingin tahu lebih lanjut berkaitan Tyara College.

"Setiap hari baju kita orang berbeza. Isnin kemeja putih dan skirt merah. Tudung merah dan knitted vest merah. Kita orang tak kisah nak pakai tudung apa. Shawl ke, bawal ke ataupun sarung biasa. Lelaki pula kemeja putih, seluar merah dan knitted vest merah. Selasa, baju kurung songket hitam. Baju hitam full kain pula ada sulaman warna coklat cair. Tudung coklat cair. Lelaki pakai kemeja hitam, seluar khaki pants coklat cair dan knitted vest coklat cair. Rabu pakai sport jumpsuit merah kelabu dengan tudung hitam. Lelaki pakai benda yang sama kecuali tudung tak perlu lah pakai. Khamis pakai baju sekolah formal macam sekolah biasa. Kerajaan suruh pakai macam tu juga sekurangnya satu hari. Jumaat pula kebaya merah kain batik bercorak dengan warna emas dan tudung hitam. Lelaki pula baju melayu merah, sampin hitam besulam emas dan juga songkok dililit lace merah. Kasut pula kita orang bebas. Suka hati nak pakai kasut apa pun. Yang penting bertutup dan tidak bertumit," Ash menerangkan pakaian sekolah. Rania nampak terkelu.

"Bestnya. Berapa yuran setahun?" Tanya Rania seperti ada cita-cita mahu masuk ke Tyara College.

"Yuran tak ikut tahunan. Tapi, kita orang ikut semester. Semester dalam RM 80000 je," balas Ash dengan muka kau tak mampu bayar. Tsk...Tsk.

"Mahalnya."

Tyara College ✔Where stories live. Discover now