Bab 16

8.6K 400 23
                                    

Ash mula berangan yang bukan-bukan seperti, solat bersama dengan suami, baca Quran bersama dengan suami dan saling menegur dengan suami. Aduh, kenapa Dejavu sangat semua ni. Ash kembali memandang Adam dari belakang. Aduh, mamat ni. kenapa merdu sangat baca Quran? Melting woi. Ni nak bayangkan dia orang lain ni sebab kalau dia, berkecai imaginasi aku.

Adam dapat rasa dirinya diperhatikan. Selepas menamatkan sepotong ayat, lantas kepalanya berpusing menghadap bilik Ash. Bulat mata Ash sebelum gelabah menutuk pintu biliknya. Adudu, malu! Kantoilah kau! Adam di luar hanya tersengih.

Ash tak boleh tidur. Dia hanya duduk di tepi pintu menghayati bacaan Adam. Dengar je pon boleh dapat pahala apa. Dah jatuh cinta bergolek-golek dengan lelaki beriman ni. Pintu biliknya diketuk membuatkan dirinya menggelabah. Padan muka, asyik nak berkhayal je.

"Nak apa?" Tanya Ash tanpa membuka pintu.

"Nak ajak jumpa Allah," balas Adam. Ash gigit bibir. Aduh, deep woi.

"Tak wajib kan?" Ash balas takut-takut. Actually, malas!

" Dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda ; Syaitan akan mengikat kamu dengan 3 simpulan pada belakang kepala ketika kamu tidur, Pada setiap simpul dia berkata. Malam masih panjang, maka teruskan tidurmu. Apabila seseorang itu bangun dan mengingati Allah, maka terlepaslah satu simpul. Apabila dia berwuduk, terlepas pula simpul kedua, apabila dia mengerjakan solat, maka terlepas pula simpul yang ketiga. Dan pada Subuhnya, dia akan bangun dengan penuh semangat dan dalam keadaan hati yang baik. Sebaliknya, jika dia tidak melakukan perkara tersebut, dia akan bangun pagi dalam keadaan hati yang buruk dan malas," kata Adam dengan sepotong hadis. Ash gigit bibir. Deep, weyh. Dia mencapai tudung sebelum disarungkan. Pintu dibuka. Wajah Adam disapa.

"Jadi, kau nak suruh aku buat apa?" Tanya Ash. Adam senyum.

"Bukan aku yang suruh, tapi Allah. Tanda orang hatinya hitam, dia liat nak bangun solat subuh. kalau orang yang rajin buat solat malam macam mana keadaan hati dia? Nak mulakan qiam ni, kita solat tahajjud dengan hajat," balas Adam. Ash tunduk. Again, deep bhaii.

"Kita? Habis tu, kau solat apa tadi?" Tanya Ash pelik.

"Aku belum solat tahajjud dengan hajat lagi. Tadi aku solat sunat tasbih," terang Adam. Ash hanya 'oh'. Oh lah sangat. Solat sunat tasbih pun ni baru first time dengar.

"Teman aku ambil wuduk lah. Takut," kata Ash dengan sengihan.

Selepas siap mengambil wuduk, Ash menyarungkan telekung. Nak solat apa ni?

"Tahu tak cara nak solat hajat?" Tanya Adam. Bukan dia pandang rendah pada Ash. Tetapi untuk kepastian. Kalau dia tidak tahu, sia-sia lah solat yang dilakukan kerana tidak sah.

"Tak," balas Ash malu.

"Solat hajat ni, rakaat pertama baca Al-Fatihah lepas itu, ayat kursi. Rakaat kedua, baca Al-Fatihah dan Al-Ikhlas. Ayat Kursi dengan Al-Ikhlas tu boleh buat satu atau 11 kali. Lepas itu, pada sujud terakhir, kalau berdoa dalam bahasa melayu, doa dalam hati. Disebabkan kau, kita buat Ayat Kursi dengan Al-Ikhlas sekali sahaja," terang Adam. Ash mengangguk faham sebelum berkerut.

"Aik, kenapa sebab aku kita kena buat sekali je? Aku tak layak ke nak buat 11 kali?" Tanya Ash tak puas hati. Adam geleng dengan senyuman.

"Okey, Ash. Kalau kau main Candy Crush, boleh ke kau terus lompat level 11? Mestilah kena mula dengan 1 dulu. Kita kena mula dari bawah Ash. Yang Allah tengok, bukan banyak mana kita baca. Tapi, keikhlasan kita nak menghadap dia. Bukannya baca sebanyaknya tetapi hati ni tak ikhlas, bukan niat kerana-NYA. Kalau kau baca banyak sangat Ayat Kursi dengan Al-Ikhlas tu, kau penat. Bila kita melakukan ibadah dengan perasaan yang penat atau ralat, keikhlasan itu tiada," terang Adam panjang.

Tyara College ✔Where stories live. Discover now