Ulek Mayang

1K 21 4
                                    

    

        Nama aku fik,aku berumur 22 tahun dan aku semestinya lelaki.

      Kisah yang aku taipkan ini tentang ulek mayang.Ramai yang berkata tarian ulek mayang seolah olah memuja hantu.Tidak dinafikan ramai yang telah kerasukkan kerana tarian ini.Jadi aku ingin menceritakan pengalaman aku menari tarian ulek mayang semasa berada di tingkatan 5.

        Sekolah aku akan dilawati oleh sekolah lain serta pegawai pegawai pendidikan dalam masa dua minggu lagi.Jadi untuk memenuhkan jadual mereka apabila berkunjung ke sekolah kami,guru yang mengendalikan acara tersebut memohon kepada kelab kebudayaan untuk melakukan persembahan.

      Cikgu tarian kami memilih untuk melakukan persembahan ulek mayang katannya tarian ini jarang dipertontonkan.Hendak atau tidak kami terpaksa turutkan kerana cikgu tari tidak mahu mengajar tarian lain selain ulek mayang.

        Dua minggu berhempas pulas, berlatih sehingga ke lewat petang dengan sibuk menghadapi peperiksaan sedikit sebanyak memberikan aku tekanan.Lagi lagi aku tiada ruang berehat kerana hari jumaat aku harus menghadiri kelas tambahan dan sabtu aku ada aktiviti kawad kaki dengan bebanan semua itu tubuh aku jadi tak bermaya dan letih teramat.

     Malam sebelum persembahan,guru tarian aku ingin membuat latihan  buat kali terakhir,entah kami pun tak tahu kenapa dia nak buat pada malam itu dan bukan petang.Nasib kami semua penghuni asrama jadi kami tak berapa kisah dengan waktu latihan.

     Malam itu kami buat persembahan di dalam dewan beberapa orang tingkatan lima dan satu dipanggil untuk menjadi penonton.Kami seperti biasa berlatih hinggalah sesuatu telah terjadi pada aku.

      Ini berdasarkan cerita kawan aku.Disaat di kemuncaknya dimana aku ketika itu menari bersama Alia lagu yang dipasang daripada cd berhenti dengan sendiri dan terus mereka semua berhenti menari.

     Selalunya kalau muzik dimatikan mesti cikgu yang tutup kerana ada kesalahan yang kami lakukan. Dan disaat last day macam ni semua dah maki cikgu dalam hati dan merungut apa yang masih dia tak puas hati tetapi melihat cikgu yang juga kehairanan membuatkan kami tertanya dan baru mereka perasan yang aku masih lagi menari dan aku sendiri menyanyikan lagu itu.

     Kata Rul suara aku masa itu merdu tetapi memang mendirikan bulu roma.Mereka semua dah pucat melihat aku.Penonton yang juga melihat dari tadi dah mula kecoh.

      Alia yang berada disebelah aku menarik tangan aku supaya aku berhenti menari tetapi aku rentap tangan aku dari dia dan terus menari. Lagi sekali Alia ingin menghentikan perbuatan aku tetapi di halang oleh cikgu katanya biar aku menghabiskan tarian kerana tidak mahu keadaan bertukar menjadi parah sementara itu cikgu telah menelefon ustaz Sham yang merupakan ustaz sekolah aku yang memang agak pandai dalam bab mistik.

      Sesudah aku menamatkan tarian, aku rebah tidak sedarkan diri. Mereka yang lain agak lega melihat semuanya berakhir tetapi jangkaan mereka meleset sama sekali apabila budak form 1 yang bernama sara tiba tiba mengilai dan Adi yang menjadi penonton juga turut terkena.

      Bagi tidak mahu berlakunya ‘jangkitan’ penonton yang lain diminta balik ke dorm masing masing.

       Sambil menunggu ustaz tiba mereka yang lain berkumpul membaca yassin bersama sama.Ayat yang di baca tengelam dengan jeritan daripada Sara dan Adi.

       Dalam 15 minit menunggu akhirnya ustaz Sham dan dua orang ustaz muda bersamanya tiba.Baru sahaja mereka bertiga masuk ke dalam dewan aku yang pada mulanya baring tidak sedarkan diri bangun duduk bersila.Mata aku merenung dengan penuh kebencian ke arah pintu dimana ustaz bertiga berada.

Koleksi Cerita SeramWhere stories live. Discover now