Aku: Siapa suruh kau datang ke sini?Pergi dari sini segera!

U.Sham: Patutnya kau yang pergi dari sini dan tinggalkan tubuh dia!.

Aku: Aku tidak akan sesekali pergi dari sini!Mereka yang memuja aku untuk datang ke mari.

U.Sham: Nampaknya kau telah salah sangka,Bukan mereka memanggil mu tetapi mereka mahu melakukan persembahan sahaja.

Aku: Sama sahaja.Bagi aku mereka seolah olah menyeru aku dan  sekali aku diseru aku tak akan mudah untuk pergi meninggalkan mereka sehinggalah mereka mati!.

Kata kata daripada aku tidak dibalas oleh ustaz sham, malah ustaz Sham semakin dekat menghampiri aku.Ustaz Sham memberi isyarat mata suruh mereka yang lain memegang aku.

    Mulut ustaz Sham terkumat kamit membaca sesuatu sambil memicit ibu jari kaki aku. Aku meraung kesakitan,kaki aku menendang ustaz sham tetapi ustaz sham masih lagi ‘steady’ seperti tadi.

   
      Pelbagai kata kata kesat aku lemparkan kepada ustaz Sham tetapi ustaz Sham sedikit pun tidak terganggu malah beliau tenang membaca beberapa potong ayat Al-Quran.

Aku: Berhenti!Aku panas.

U.Sham: Aku perintahkan kau tinggalkan tubuh manusia ini sekarang juga sebelum aku membakar kau lagi teruk daripada ini.

Aku: Jangan berani paksa aku atau kau yang akan tanggung akibatnya nanti wahai manusia lemah.Berhenti baca benda tu!Berhenti.

U.Sham: Rul tolong azan ditelinga Fik sekarang.

       Rul yang memegang aku terus bangun dan melaungkan azan ditelinga kanan aku.Raungan aku bertambah kuat sebelum menjadi senyap dan aku pengsan di riba Rul.

     Aku tersedar daripada pengsan. Terkejut aku melihat aku dikelilingi oleh orang ramai.Serious aku blur dengan keadaan sekarang.

     Dan di saat aku melihat ustaz Sham aku rasa benci teramat sangat kemudian pandangan aku menjadi gelap semula.

      Ustaz Sham yang duduk di kaki aku bangun dan menuju ke kepala aku. Rul telah pun berubah posisi memegang tangan aku semula.Ustaz Sham membaca beberapa surah dan meletakkan tangannya dileher aku serta merta mata aku membuka luas merenung ustaz sham.

Aku:Lepaskan aku bodoh!

U.Sham: Aku suruh kau keluar cara baik tapi kau nak main cara kasar… Allahuakbar

     Sebaik sahaja ustaz Sham berkata terus tangannya digerakkan seolah olah menyembelih aku.Aku kembali mengelepur sehingga mengakibatkan Rul dan yang lain terpelanting.

      Aku seperti ayam yang akan disembelih yang menanti kematian dan cukup putaran tiga ratus enam puluh darjah terus aku kaku dan tidak sedarkan diri.

U.Sham:Muhammad Syafiq…Fik bangun Fik.

       Aku membuka mata semula apabila telinga aku menangkap suara yang seolah olah memanggil nama aku. Aku bangun dari baring serious badan aku rasa sengal dan bisa masa tu.

    Aku melihat dua orang ustaz muda sedang merawat Adi dan Sara dari itu aku dapat agak yang aku juga turut dirasuk.

U.Sham: Alhamdulillah Fik dah sedar.. Minum air ni dan sebelum tu terima kasihlah kepada Allah kerana Allah telah menyembuhkan Fik dari kerasukkan,lepas ini banyakkan melakukan amal ibadat, jangan sesekali meninggalkan solat wajib dan jangalah leka,jaga diri jangan bagi peluang untuk ‘mereka’ masuk dalam tubuh fik lagi.

      Aku hanya mengangguk dan mengambil air daripada ustaz Sham. Ustaz Sham bangun dan pergi membantu dua orang ustaz muda itu.Rul berbaring disebelah aku dan dia ketawa kecil,aku pantas pandang Rul.

Aku: Kau pahal?Apa dah jadi dengan Adi dan budak perempuan tu?

Rul: Aku cakap bodoh kang marah.Kau tak nampak apa yang ustaz buat tu?Tu semua berpunca dari kau.

Aku: Apa aku buat?

Rul: Kau tiba tiba kena sampuk dengan hantu ulek mayang tadi tak pasal yang lain kena tempias.Tapi serious lawak weyh,Fik seorang yang berani tiba tiba kena sampuk,lepas ni aku 100% pasti saham kau akan jatuh.

Aku: Kau tak kena boleh la cakap.Dah la jom balik dorm,aku serious tak larat dengan esok nak menari lagi.

Rul: Ayat cover malu la tu.Hahaha

      Dalam hati aku masa tu nak je aku lempang Rul tapi memandangkan keadaan aku ketika itu tidak mengizinkan maka aku hanya membiarkan Rul ketawa. Keesokkan harinya kami melakukan persembahan seperti biasa dan Alhamdulilah semuanya selamat dan berjalan lancar.

Koleksi Cerita SeramOnde histórias criam vida. Descubra agora