Bab 3

28K 1.7K 712
                                    

"What?!"

Mata Ariana membuntang. Dia salah dengarkah? Bodyguard?

Tan Sri Hamid tidak bereaksi. Dia hanya membuka langkah ke arah pengawal peribadi yang diupah untuk Ariana itu. Dia berhenti betul-betul disebelahnya.

"Kenalkan, Aryan Firash. Your bodyguard," Tan Sri Hamid memandang kejap jejaka kacak tinggi lampai disebelahnya itu sebelum dikalihkan memandang Ariana. Jelas terlihat air mukanya yang mula kelihatan tegang.

"Are you out of your mind?" mencerlung mata Ariana memandang Tan Sri Hamid. Bibirnya terketap-ketap menahan amarah yang mula bertandang. Kata-kata Tan Sri Hamid sebentar tadi langsung tidak boleh diterima akalnya.

Kemudian dia memandang sekilas jejaka tersebut. Walaupun berkaca mata hitam, dia tahu yang jejaka tersebut turut memandang ke arahnya.

Lelaki tak guna.

"I'm serious, Ari. This is for your own safety. Papa tak mahu hal semalam terjadi pada Ari lagi. Papa betul-betul risaukan keselamatan Ari," tenang Tan Sri Hamid meluahkan kata-katanya. Wajah cantik anak gadisnya dipandang lembut.

Jauh di sudut hati, sungguh dia tidak mahu lakukan semua ini. Dia tahu Ariana tidak suka apabila dirinya dikawal dan dikongkong. Tapi dia sudah tidak punya pilihan lain. Ini sahaja satu-satu cara untuk menjaga keselamatan anaknya.

"For my safety? What a bullshit." Ariana bersuara sinis. Nada suaranya keras.

"Ari, listen—"

Tan Sri Hamid bergerak ke arah Ariana. Tangan gadis itu cuba dicapai.

"Don't touch me!" suara Ariana naik seoktaf. Kakinya melangkah setapak ke belakang. Seolah-olah berasa jijik berada dekat dengan ayah kandungnya itu.

"I thought I made it clear bila saya kata yang saya tak mahu ada apa-apa kaitan dengan Tan Sri. This is my life. Tan Sri tak ada hak langsung untuk mencampuri urusan hidup saya!"

"Tentang keselamatan saya ke apa ke, memang tak ada kaitan dengan Tan Sri pun. Kenapa nak ambil peduli pula?!" Ariana menengking kuat. Dadanya berombak menahan marah. Matanya pula memandang tajam ke arah Tan Sri Hamid seperti hendak ditelannya hidup-hidup.

Dia sudah penat apabila Tan Sri Hamid tidak habis-habis hendak mencampuri urusan hidupnya. Daripada zaman dia belajar di universiti lagi, semua benda lelaki tua tu hendak masuk campur. Tak faham lagi ke yang aku terlalu benci pada dia?

"I'm your father. Ayah mana yang sanggup tengok anak dia dalam bahaya? Perkara ni bukan benda main-main. Bila-bila je pembunuh tu akan datang cari Ari. Sebab tu papa upah bodyguard untuk Ari. Papa nak Ari selamat."

Ariana melontarkan pandangannya ke tempat lain. Dia cuba untuk menenangkan diri dan menghilangkan sakit hati yang kian menyucuk. Tangan kanannya naik memicit dahi. Kepalanya mula kusut. Kenapa susah sangat orang tua ni nak faham?

"Pagi tadi Ari siap cuba nak lari lagi. Kenapa degil sangat? Macam mana kalau kena culik?" Tan Sri Hamid menyentuh topik lain. Terkejut dia apabila Hareez, pengawal peribadinya memberitahu yang Ariana cuba nak melarikan diri pagi tadi.

Ariana buat tidak dengar. Matanya terpandangkan jejaka tinggi lampai itu. Dia masih setia berdiri ditempatnya. Ah, disebabkan lelaki itulah dia tidak dapat melarikan diri pagi tadi. Kalau bukan disebabkan dia, pasti sekarang aku tak perlu hadap semua benda mengarut ni. Makin membara api di hatinya apabila teringatkan hal tersebut. Terasa menebal rasa benci terhadap lelaki itu.

"Ari, I'm talking to you."

Tan Sri Hamid menegur apabila melihat Ariana yang seperti buat tidak endah.

Kamu telah mencapai bab terakhir yang dipublikasikan.

⏰ Terakhir diperbarui: Aug 11, 2017 ⏰

Tambahkan cerita ini ke Perpustakaan untuk mendapatkan notifikasi saat ada bab baru!

Aryan ArianaTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang