Bab 1

41.6K 2.3K 420
                                    

"Shit!"

Ariana menjerit nyaring. Stereng keretanya ditumbuk kuat.

" KL ni tak boleh ke kalau sehari tak jam? Sepatutnya sampai sana dalam 20 minit tapi ini dah masuk sejam. Menyakitkan hati betul!" Bentaknya geram. Tangannya naik mengurut pelipis. Argh stress. Setiap hari menghadap benda yang sama.

20 minit berlalu dan kesesakan mula berkurangan. Kereta sudah semakin laju bergerak. Terasa kurang sedikit amarah dalam hati Ariana. Kalau tak makin berapi-api sampai rasa nak langgar semua kereta dihadapannya.

Ditambah pula dengan dia yang sudah lambat hendak ke restoran miliknya. Selalunya pukul 10 dia sudah sampai. Ini pukul 1 pun masih stuck kat traffic jam. Semuanya gara-gara dia terlajak tidur.

Baru sahaja dia hendak berasa sedikit tenang, hatinya kembali panas dengan sebuah motor Kawasaki Ninja 300 abs dihadapannya yang bergerak agak perlahan. Hon kereta ditekan berkali-kali dan dia pantas mengeluarkan kepalanya keluar tingkap.

"Woi! Tak reti nak bawa laju sikit ke hah? Harap motor je besar tapi bawa macam siput!" Tengkingnya kepada penunggang motosikal berkuasa tinggi itu yang berpakaian serba hitam. Pedal minyak ditekan kuat dan dia terus memotong motor tersebut.

 Pedal minyak ditekan kuat dan dia terus memotong motor tersebut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Lain kali beli motor skuter je kalau bawa lembab." Omelnya geram. Dia fikir ini kampung?

Hey, ini KL la. Semua orang rushing ke tempat masing-masing.

Ariana mendengus. Boleh jadi gila kalau setiap hari macam ni.

***

Rania mencapai jus oren dan menyisipnya. Dia hanya menelan air liur melihat Amsyar yang sedang selera menjamah makanan.

"Diet? Berat naik ke?" Soal Amsyar sambil tersengih. Pelik juga apabila Rania tidak mahu memesan makanan. Selalunya dia yang kuat makan.

Rania mengeluh. "Aku tak faham macam mana perempuan lain boleh makan unhealthy things but lost weight and I only eat vegetables, fruits and drink 3l water per day and gained 2kg."

Jawapan Rania mengundang tawa Amsyar. Apatah lagi apabila dia membebel laju seperti machine gun. Senak perut Amsyar gelak. Mujur sahaja tak tercekik.

"Tapi kan aku tengok kau ni kurus je. Chill lah." Kata Amsyar yang cuba untuk mengurangkan kekusutan Rania. Perempuan memang macam ni agaknya. Naik berat sikit pun bising.

"Nampak aja kurus. Tapi disebalik semua ni, banyak lemak yang terkumpul." Balas Rania perlahan. Bimbang didengari orang lain.

Amsyar tersenyum. "Wow, rahsia terbesar tu."

"Kau jangan bagitahu siapa-siapa eh. Kalau tak siap kau nanti. Habis jatuh saham aku." Rania memberi amaran sambil menjegilkan matanya. Amsyar cuma tergelak kecil. Dia kemudian kembali menjamah makanannya.

Aryan ArianaWhere stories live. Discover now