[ 330 ]

1.2K 102 3
                                    

Aku berjalan tanpa arah.

Mana pulak suami aku ni pergi membawa diri?

Aku mengeluh perlahan apabila kakiku terasa sakit akibat banyak berjalan.

Aku meliarkan pandangan mencari kelibat Hoseok.

Akhirnya senyumanku terukir apabila ternampak Hoseok sedang tersenyum sambil berbual dengan seseorang.

Lega rasanya.

Ingatkan dia balik tinggalkan aku.

Fuhhh...

Aku berjalan perlahan-lahan ke arah Hoseok.

Namun baru beberapa tapak melangkah, aku terkaku.

Hoseok sedang berbual mesra dengan seorang perempuan cantik.

Seksi mungkin?

Hamboih.

Bahagia betul sampai gelak-gelak.

Oh please, Rin.

Kau dah nak jadi ibu pun.

Kawal cemburu kau.

Okay.

Aku cuba.

Aku kesat air mata yang menitis.

Orang suruh tahan cemburu.

Air mata pula yang keluar.

Hahahaha

Aku mengambil keputusan berjalan ke arah Hoseok.

" Hai chagi! "

Hoseok dan perempuan tersebut berpaling.

" Sayang! "

" Kenapa jalan jauh-jauh ni hurm? " tanyanya lembut.

Dia menarik pinggangku supaya berdiri rapat di sebelahnya

" Sayang, kenalkan ini Sora. "

" Sora, meet my lovely sweetheart. "

Aku bersalam dengan Sora sambil melemparkan senyuman.

Sora juga melakukan perkara yang sama.

" inilah isteri yang you selalu sebut ya? Cantik betul. "

Hoseok tersenyum bangga.

" Patut la I cuba mengorat you dulu, you tak nak. "

Aku terkedu.

" Hehehehe...gurau je Rin. Saya cuma klien syarikat Namjoon. "

Aku tersenyum malu.

Hoseok hanya ketawa.

" Okay la. I got to go. Nanti senang-senang, you guys datang la rumah I ya? "

Hoseok dan aku mengangguk serentak.

" Bye, darling. Semoga selamat melahirkan your baby okay? "

Sora melagakan pipinya denganku.

Aku tersenyum manis sebagai jawapan.

Kami berdua hanya memandang Sora melangkah pergi.

Aku mendongak memandang Hoseok yang tersenyum-senyum.

Entah kenapa aku rasa cemburu.

Kenapa dengan emosi ni lahai...

" Seronok berbual tadi sampai tersenyum-senyum? " perliku dan kemudian melangkah pergi.

Hoseok terpinga-pinga.

" Sayang! Tunggu chagi! "

[ Completed ] Sick S2 | Jhope | Where stories live. Discover now