[ 257 ]

1.3K 89 3
                                    

[ Dua hari kemudian ]

Loceng rumah berbunyi memaksa aku melangkah ke pintu utama rumah.

Dia orang dah balik ke?

Cepatnya.

Chae Ah ada dinner di syarikat.

Jihun kerja malam.

Almaklumlah, pegawai polis kan.

Aeri macam biasa.

Date dengan namchinnya.

Tapi selalunya Aeri pulang lambat sedikit.

Siapa pula yang datang?

Tiba-tiba rasa tak sedap hati.

Tapi aku tetap gagahkan diri untuk membuka pintu.

Sebaik sahaja pintu dibuka, aku terpana.

H-Hoseok?

Dia tersenyum memandang aku yang kelihatan terkejut.

" Hai sayang! "

" Seok ada bawa makanan. Sayang mesti lapar kan? "

Wajahku mula bertukar serius dan dingin.

" Apa awak buat dekat sini? Macam mana awak tahu rumah ni? " soalku.

Hoseok sekadar tersenyum.

" Kalau ya pun...jemput la suami awak ni masuk dulu. "

Hoseok tersengih.

Aku berfikir sejenak.

Akhirnya aku meluaskan pintu memberi laluan kepadanya untuk masuk.

[ Completed ] Sick S2 | Jhope | Where stories live. Discover now