[ 246 ]

1.4K 90 5
                                    

Yoongi POV

Aku berjalan melalui lorong ke sebuah pejabat.

Pejabat sunyi ketika ini kerana waktu makan tengah hari.

Tapi suara orang berbual-bual mesra kedengaran dari sebuah bilik.

Pintu yang sudah sedia terbuka memudahkanku.

Aku tersenyum sinis memandang dua manusia di hadapanku ini.

Seorang daripadanya nampak agak terkejut dengan kehadiranku.

" Hai Yoongi. Kenapa kau datang tak bagi tahu? "

Aku tersenyum sinis.

Kenapa kena bagitahu dulu?

Takut aku nampak semua ni ke?

" Oh hai. Mian tak bagitahu dulu. Sibuk ke? Sebab aku nak sampaikan sesuatu. "

Hoseok bangun dan berjalan ke arahku.

" Apa dia? "

Tanganku yang dikepal sedari tadi dilayangkan ke wajah Hoseok.

Hoseok terjatuh akibat tumbukanku tadi.

Aku mencekak kolar baju Hoseok memaksa dia bangun semula.

" Jangan buat macam tu pada dia! " ujar Miyuki cemas.

" Miyuki...awak balik dulu. Nanti saya telefon awak. "

Miyuki memandang Hoseok seketika sebelum berjalan keluar dengan langkah yang berat.

Aku tumbuk Hoseok lagi.

Hoseok jatuh lagi.

Kali ni mendarat di atas sofa.

Dia nampak lemah dan tidak melawan.

Adakah kau sudah pasrah, Seok?

Sebab aku belum lagi.

[ Completed ] Sick S2 | Jhope | Where stories live. Discover now