[ 290 ]

1.3K 94 13
                                    

[ Pagi ]

Aku menyidai baju Hoseok di ampaian belakang rumah.

Kemudian, pokok bunga disiram.

Jam di tangan dipandang.

Sudah pukul 7:45 pagi.

Aku segera masuk ke dalam rumah.

Bimbang Hoseok terlambat untuk pergi ke tempat kerja.

Tapi aku pelik apabila sebaik sahaja aku masuk ke dalam rumah, Hoseok masih belum turun.

Aku melangkah ke tangga untuk ke tingkat atas.

Pintu biliknya diketuk sebelum tombol pintu dipulas.

" Hoseok...." panggilku.

" Hurmmmm..."

Aku lihat dia masih di atas katil.

" Awak tak pergi kerja ke? "

" Saya pergi lambat sikit. "

" Ouh. Okay. Sarapan ada atas meja. Saya pergi kerja dulu. "

Hoseok hanya mengangguk sambil mata terpejam.

Aku mula melangkah ke pintu bilik untuk keluar.

Tapi langkahku terhenti apabila teringat sesuatu.

" Seok, lepas kerja saya singgah rumah eomma appa kejap ya. "

" Eungggg..."

Aku menutup pintu bilik Hoseok bersama kerutan di dahi.

Macam lain je suara Hoseok?

[ Completed ] Sick S2 | Jhope | Where stories live. Discover now